Final Jelajah Dunia ATP: Federer Mula Cemerlang Tapi Murray Kecundang

Diterbitkan: Isnin, 10 November 2014 4:45 PM

Roger Federer

(Ubah saiz teks)

> Roger Federer memulakan pusingan akhir ATP Jelajah Dunia tewaskan Milos Raonic

> Kejohanan di London itu adalah acara penutup ATP bagi 2014

> Ia disertai oleh lapan pemain terbaik sepanjang kejohanan ATP bagi 2014

> Mereka ialah Novak Djokovic, Roger Federer, Stan Wawrinka, Andy Murray, Marin Cilic, Tomas Berdych, Kei Nishikori & Milos Raonic

> Hadiah wang tunai mencecah AS$6 juta

PEMAIN tenis nombor dua dunia, Roger Federer memulakan kempen Final Jelajah Dunia ATP di London pada Ahad dengan menumpaskan pemain nombor lapan dunia, Milos Raonic 6-1, 7-6 dalam perlawanan Kumpulan B.

Empat pemain dalam Kumpulan B ialah Federer, Raonic, Andy Murray dan Kei Nishikori.

Kemenangan tersebut memadai untuk Federer 'membalas dendam' di atas kekalahannya di tangan Raonic 7-6, 7-5 pada Terbuka Paris bulan lalu.

Dalam perlawanan terbaru ini, Federer memperlihatkan aksi hampir sempurna dalam set pertama yang memperkatakan mengapa dia mampu mencapai kemenangan 6-1.

Raonic yang hanya berusia 23 tahun berbanding Federer, 33, tidak dapat mencari jawapan kepada permainan sempurna lawannya itu yang merupakan juara Wimbledon tujuh kali.

Malah Raonic gagal menggunakan kelebihan servisnya yang kuat untuk menjinakkan Federer.

Sebaliknya Federer membalas setiap hantaran Raonic dengan baik.

Set kedua menyaksikan perlawanan yang lebih kompetatif dengan Raonic memberikan tentang sengit namun ia masih tidak dapat menumpaskan Federer.

Perlawanan Federer seterusnya ialah menentang wakil tunggal Britain dan pemain nombor enam dunia, Andy Murray.

Murray tewas kepada pemain nombor lima dunia dari Jepun, Kei Nishikori 6-4, 6-4.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan