Doping: Chong Wei Akui Terkejut, Tertekan

Diterbitkan: Ahad, 9 November 2014 11:36 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemain No.1 dunia, Datuk Lee Chong Wei akhirnya tampil bersuara, mengatakan beliau tidak pernah menipu berkaitan dengan doping.

"Pada 2 Oktober lalu, selepas balik dari Sukan Asia di Incheon saya menerima surat yang memberitahu bahawa saya gagal dalam ujian doping.

"Saya terkejut. Sudah lama saya bermain badminton dan ini pengalaman pertama dan ianya amat sukar bagi saya," jelas Chong Wei.

Pemain berusia 32 tahun ini diuji positif dengan dexamethasone ketika ujian doping yang diadakan pada  Kejohanan Dunia di Copenhagen pada 30 Ogos lalu.

Malah keputusan sampel B yang diuji juga turut positif.

Chong Wei menegaskan beliau tidak menipu.

"Saya tidak pernah menggunakan sebarang dadah untuk meningkatkan prestasi.

"Apa yang penting bagi saya adalah menjaga nama baik di peringkat antarabangsa.
|
"Saya bekerja keras sepanjang hidup dan tidak pernah menggunakan jalan singkat.

"Sudah lama saya menjadi pemain No.1 Dunia dan telah berdepan lebih daripada 100 ujian doping. Saya tahu bahayanya dadah.

"Malah saya juga tidak 'minum' apabila keluar bersama kawan-kawan. Saya seorang yang berhati-hati.

"Saya percaya ini bukan salah saya.

"Benda itu bahan terlarang dan tidak boleh dibeli di mana-mana farmasi.

"Ia hanya boleh digunakan dengan nasihat doktor.

"Sebab itulah saya bersetuju untuk membuka sampel B, saya tidak ragu-ragu sama sekali".

Chong Wei mengakui ini merupakan ujian baginya.

"Isteri saya tahu bagaimana terjejasnya keadaan saya. Saya berharap ini semua hanya mimpi buruk. Saya sangat tertekan sehingga terfikir untuk meninggalkan negara seketika".

Dalam pada itu, Chong Wei berkata, beliau menghargai sokongan yang diberikan kepadanya.

"Menteri Belia dan Sukan (Khairy Jamaluddin) dan pengawai-pegawai Persatuan Badminton Malaysia (BAM) banyak memberi sokongan kepada saya.

"Mereka memberi petunjuk ketika saat sukar ini dan turut memberi nasihat kepada saya.

"Saya juga tidak akan lupa kata-kata semangat daripada peminat-peminat di Malaysia mahupun dari luar negara. Saya banyak menerima teks pesanan dan terima kasih kepada semua," katanya.

Tags / Kata Kunci: Lee Chong Wei , doping

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan