Tidak Timbul Isu Layanan Istimewa Kepada Chong Wei - Khairy

Diterbitkan: Sabtu, 8 November 2014 1:06 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata tidak timbul isu mengenai layanan istimewa oleh pihak kementerian terhadap Datuk Lee Chong Wei yang mendapat khidmat seorang peguam sukan terkenal dari England bagi mengendalikan kes dopingnya.

Sebaliknya, beliau menjelaskan bahawa Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menggunakan dana mereka sendiri bagi membiayai kos guaman bagi Mike Morgan, yang sebelum ini pernah mengendalikan kes berprofil tinggi membabitkan beberapa atlet ternama dunia yang gagal dalam ujian doping.

"Kita menawarkan khidmat guaman kepada semua atlet yang terlibat dalam kes doping di peringkat antarabangsa. Terpulang kepada persatuan sukan sama ada mereka setuju atau tidak untuk mendapatkan khidmat guaman," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Liga Sepak Takraw (STL) di sini, Jumaat.

"Kalau dalam kes atlet wushu (Tai Cheau Xuen), kita boleh bantu tapi kes ini (Chong Wei), keadaan ini adalah merit untuk peguam," katanya.

Khairy juga berkata beliau masih tidak mengetahui keputusan rasmi berhubung ujian doping sampel B Chong Wei yang dilakukan di makmal Hospital Universiti Oslo, Norway, Selasa lepas.

Beliau berkata berdasarkan prosedur awal, pihak makmal perlu menyerahkan keputusan rasmi ujian sampel tersebut kepada Persekutuan Badminton Dunia (BWF) sebelum dimaklumkan kepada BAM.

"Saya belum dapat apa-apa berita...Kalau dah keluar, dia (BWF) akan senaraikan dalam sistem maklumat mereka yang hanya boleh diakses oleh pegawai BWF kerana ia dilindungi oleh kata laluan," katanya.

Chong Wei didapati positif ujian doping bagi Sampel A kerana menggunakan bahan terlarang 'deksametason' semasa ujian rambang dilakukan pada Kejohanan Dunia di Copenhagen. Demrak, Ogos lepas.

Sebelum ini, atlet wushu wanita Cheau Xuen gagal dalam ujian doping selepas didapati positif menggunakan bahan terlarang 'Sibutramine' pada temasya Sukan Asia di Incheon, Korea Selatan, September lepas.

Dalam perkembangan lain, Khairy berkata pihaknya sudah menerima permohonan daripada beberapa individu yang berminat bagi mengisi jawatan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) yang diiklankan di laman rasmi kementerian sejak Isnin lepas.

Beliau turut menyangkal kenyataan beberapa individu termasuk Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Sieh Kok Chi yang mendakwa pihak kementerian lebih mengutamakan warga asing bagi mengisi jawatan itu.

"Kita hendak cari yang terbaik dan kita tengoklah siapa yang buat permohonannya...Masih terlalu awal. Setakat ini, ia (jumlah permohonan diterima) oklah," kata Khairy.

Penyandang Ketua Pengarah MSN, Datuk Seri Zolkples Embong yang tidak disambung kontraknya, dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Sukan SEA 2017, di mana Malaysia akan menjadi tuan rumah temasya dwitahunan itu.

Kedudukan Zolkples menjadi tumpuan selepas kontinjen negara gagal mencapai sasaran pingat emas pada Sukan Komanwel 2014 di Glasgow, Scotland dan Sukan Asia di Incheon.

Tags / Kata Kunci: Lee Chong Wei , Badminton , Doping

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan