Skuad Badminton Negara Akhiri Cabaran Pada Kejohanan GP Korea

Diterbitkan: Sabtu, 8 November 2014 8:35 PM

Tan Kian Meng.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Harapan untuk menyaksikan skuad badminton negara membawa pulang sekurang-kurangnya satu gelaran tidak kesampaian selepas wakil terakhir negara tersingkir daripada Kejohanan Grand Prix (GP) Korea di Jeonju, Korea Selatan.

Beregu wanita pecahan negara, Vivian Hoo Kah Mun dan Ng Hui Lin nyata bukan tandingan pilihan utama Korea Selatan, Lee So Hee dan Shin Seung Chan, selepas kalah 14-21 dan 14-21 dalam pertarungan separuh akhir hari ini, demikian menurut laman sesawang Persekutuan Badminton Dunia (BWF)www.bwfbadminton.org.

Terdahulu, empat wakil negara gagal meneruskan cabaran pada kejohanan yang menawarkan wang tunai keseluruhan berjumlah US$50,000 (RM167,300) itu selepas kalah kepada lawan masing-masing pada aksi suku akhir, semalam.

Mereka adalah Tan Kian Meng dan Iskandar Zulkarnain Zainuddin dalam acara perseorangan lelaki, Lim Khim Wah dan Ow Yao Han (beregu lelaki) serta gandingan Wong Fai Yin dan Chow Mei Kuan dalam acara beregu campuran.
Tags / Kata Kunci: badminton GP Korea

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan