Saya Tak Pernah Menipu - Chong Wei

Diterbitkan: Sabtu, 8 November 2014 11:44 PM

Lee Chong Wei.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pemain badminton negara yang diuji positif dadah, Datuk Lee Chong Wei berkata dia tidak pernah menipu sepanjang kerjayanya dalam sukan badminton.
  

Pemain nombor  satu dunia itu tampil memberi kenyataan buat kali pertama selepas dia gagal dalam ujian doping apabila ujian sampel B yang dijalankan di sebuah makmal di Hospital Universiti Oslo, Norway disahkan positif.

"Saya melihat segala usaha sepanjang 15 tahun seperti tidak bermakna ketika ini. Saya terasa kehidupan saya seperti sudah musnah dan tidak tahu apa yang mahu dilakukan.

"Saya tak pernah menipu atau pun membuat percubaan untuk menipu dan ini seperti panahan petir.....membinasakan kerja keras saya selama ini.

"Saya adalah seorang yang mempercayai kepada usaha gigih dan kesungguhan untuk mencapai kejayaan dan dakwaan seperti ini membuat saya buntu dan terperanjat," kata pemain badminton tersohor negara itu kepada blogger sukan, Satwant Singh Dhaliwal di ssdhaliwal.blogspot.com. pada Sabtu.

Selepas menerima surat mengenai keputusan ujian doping yang dijalaninya, pemain kelahiran Pulau Pinang itu berkata isterinya telah mencadangkan agar dia pergi bercuti ke luar negara dan membiarkan pihak berkuasa mencari jalan penyelesaian.

"Menteri Belia dan Sukan (Khairy Jamaluddin) secara peribadi banyak membantu saya dalam mengharungi situasi sekarang dan saya amat menghargai bantuan bermakna daripada beliau.

"Dia membantu dan memberi saya nasihat baik bagaimana mahu menangani perkara ini," katanya.

Timbalan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Norza Zakaria, pada Sabtu mengumumkan hasil ujian doping sampel B milik ikon badminton negara disahkan mengandungi dadah jenis Dexamethasone.


Beliau turut menambah, mengikut peraturan Persekutuan Badminton Antarabangsa (BWF) Perenggan 14.3 berkaitan Huraian Am, pihaknya tidak dibenarkan mendedahkan nama atlet berkenaan sehingga proses pendengaran selesai.

Norza juga berkata, pemain negara itu digantung daripada menyertai sebarang kejohanan sehingga selesai proses pendengaran isu doping.
Tags / Kata Kunci: Chong Wei , tidak pernah tipu

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan