Chong Wei Kena Gantung Sementara

Diterbitkan: Sabtu, 8 November 2014 4:27 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jaguh badminton negara digantung sementara selepas Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengesahkan keputusan ujian sampel B miliknya positif dadah jenis Dexamethasone.



BAM menerima surat pengesahan daripada Persekutuan Badminton Dunia (BWF) berhubung perkara itu pada Jumaat.

Bagaimanapun persatuan itu enggan mendedahkan nama pemain tersebut kerana terikat dengan peraturan BWF, iaitu Perenggan 14.3 berkaitan Huraian AM.

Menurut Timbalan Presiden BAM, Datuk Norza Zakaria,  perkara ini akan dirujuk kepada Panel Pendengaran BWF dan mengikut proses yang ditetapkan oleh panel tersebut.


Norza menunjukkan surat pengesahan BWF berhubung keputusan ujian sampel B yang diterima pada Jumaat.

“Buat masa sekarang pemain tersebut digantung sementara. Kami akan bekerjasama dengan Menteri Belia Dan Sukan, Khairy Jamaluddin untuk menangani isu ini.

“Malah kami juga telah melantik peguam yang pakar dalam undang-undang sukan, Mike Morgan dari Morgan Sports Law LLP yang berpangkalan di London untuk membantu kes ini. 

"Kami percaya pemain ini telah bekerja keras untuk sampai ke tahap sekarang dan tidak pernah menggunakan jalan mudah untuk berjaya,” jelas Norza yang juga merupakan  Pengerusi Jawatankuasa Anti-Doping  BAM pada sidang media di Bukit Kiara, Sabtu.

Sementara itu, Pengurus Besar BAM, Kenny Goh yang turut hadir pada sidang media tersebut mengakui berita ini bukan sesuatu yang baik kepada pemain itu.

“Beliau berada dalam keadaan tertekan dan sudah pasti beliau mahu sokongan penuh daripada semua pihak,” jelasnya ringkas.

Walaupun nama pemain itu tidak didedahkan oleh BAM, hakikatnya Datuk Lee Chong Wei dikenal pasti sebagai pemain itu.

Minggu lalu, Chong Wei diiringi Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Sukan Negara (ISN), Datuk Dr Ramlan Abdul Aziz dan Kenny Goh ke Oslo, Norway untuk menyaksikan sendiri analisis ujian Sampel B di makmal Hospital Universiti Oslo pada 5 November lalu.

Chong Wei dilaporkan positif ujian doping bagi Sampel A iaitu ujian air kencing yang dilakukan secara rambang semasa Kejohanan Dunia di Copenhagen, Denmark, Ogos lalu.

Pada Jumaat, rombongan ke Oslo itu tiba di Kuala Lumpur tanpa sebarang keputusan rasmi, namun Dr Ramlan yakin tidak akan ada perbezaan daripada keputusan ujian doping Sampel A yang dapati positif sebelum ini.

Dexamethasone merupakan sejenis steroid untuk rawatan perubatan dengan kesan anti-radang yang kebiasaannya digunakan dalam rawatan pemulihan atlet.Kajian menunjukkan ia bukan bahan untuk meningkatkan prestasi atlet. 

Ia biasanya digunakan untuk rawatan alahan, tindak balas alahan, masalah tulang dan radang yang kronik.

Chong Wei kemungkinan menggunakannya untuk mengurangkan kesakitan.


iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan