Masih Ada Harapan Untuk Chong Wei

Diterbitkan: Rabu, 5 November 2014 9:26 AM

Pemain badminton negara, Datuk Lee Chong Wei bercakap kepada ahli keluarganya sebelum di balai berlepas KLIA beliau berlepas ke Oslo, Norway pada Isnin. - Foto ROHAIZAT MD DARUS/ The STAR.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPU: Bukan semuanya suram dan kelam bagi pemain nombor 1 Dunia, Datuk Lee Chong Wei. 

Ada kemungkinan beliau hanya akan dikenakan tindakan yang ringan hanya kerana dia gagal dalam ujian doping di Kejohanan Badminton Dunia, Copenhagen, Denmark. 

Pemain berusia 32 tahun, yang kini berada di Oslo, Norway sudah pasti berada dalam keadaan cemas sementara menantikan keputusan Sampel B beliau yang akan diuji pada Rabu. 

Chong Wei berlepas ke ibu negara Norway, pada Isnin. 

Pemain badminton kebangsaan itu didapati positif mengandungi sejenis bahan kimia, dexamethasone, di Copenhagen pada Ogos. 

Walaupun kemungkinan keputusan sampel A dan Sampel B, agak jarang berlaku. Namun sekiranya keputusan sample B Chong Wei, negatif, beliau akan bebas daripada tuduhan doping. 

Jika, Sampel B masih diuji positif, Chong Wei masih mempunyai kes yang kuat untuk didebatkan, hal ini kerana dexamethasone merupakan bahan bukan untuk meningkatkan prestasi atlet, sebaliknya bahan itu merupakan sejenis steroid untuk rawatan perubatan dengan kesan anti-radang yang kebiasaannya digunakan dalam rawatan pemulihan atlet.

Di bawah Peraturan Anti-Doping Persekutuan Badminton Dunia (Badminton World Federation), klausa 10:4, menyatakan bahawa seorang atlet boleh merayu daripada penggantungan selama dua tahun yang dikenakan sekiranya dia dapat membuktikan bahawa bahan larangan tersebut telah diberikan selama beliau menjalani proses pemulihan.

Ia menyatakan bahawa "seorang pemain atau individu boleh menetapkan bagaimana bahan kimia yang memasuki tubuh badan badan mereka atau zat daripada bahan tersebut tidak bertujuan untuk meningkatkan prestasi sukan atlet berkenaan atau penggunaan bahan meningkatkan prestasi, tempoh ketidakupayaan atlet tersebut sepanjang tempoh pemulihan seperti yang termaktub dalam perkara 10.2 hendaklah digantikan dengan perkara berikut." 

"Secara minimum, hanya teguran akan diberikan tanpa pengecualian daripada menyertai sebarang kejohanan pada masa hadapan dan hukuman maksimum yang boleh dikenakan ialah atlet berkenaan dilarang daripada menyertai sebarang kejohanan."

Sumber menjelaskan ada kemungkinan Chong Wei akan dibebaskan dengan hanya diberikan amaran sekiranya pakar perubatan dapat membuktikan bagaimana bahan kimia yang berada dalam tubuh atlet berkenaan memberi kesan kepada proses pemulihan mereka ketika sesi pendengaran. 

Jika  Sampel B disahkan positif, BWF akan mengadakan sesi pendengaran bagi atlet berkenaan dan tarikhnya akan ditentukan kemudian. 

Tiga ahli panel akan dilantik oleh badan dunia berkenaan akan memberikan platform kepada atlet supaya mengemukakan rayuan, dan sudah pasti Chong Wei akan merayu agar hukuman dapat dikurang ke tahap yang paling minimum sebelum panel berkenaan memutuskan sama  ada atlet berkenaan bersalah atau tidak. 

Tags / Kata Kunci: Chong Wei , doping , Sampel B

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan