Sampel B Chong Wei Sedang Diuji, Keputusan Hanya Diketahui Khamis

Diterbitkan: Rabu, 5 November 2014 10:11 PM

Lee Chong Wei.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemain badminton No.1 dunia, Datuk Lee Chong Wei meluangkan masa selama 90 minit di makmal Hospital Universiti Olso pada Rabu tetapi perlu menunggu sebelum beliau dimaklumkan mengenai keputusan hasil ujian ke atas sampel B miliknya.

Keputusan sampel B Chong Wei mungkin hanya akan diketahui pada Khamis kerana ia bergantung kepada tempoh makmal tersebut menghantar hasil ujian itu kepada Persekutuan Badminton Malaysia (BWF).

Chong Wei menyaksikan proses sampel B dibuka dan juga diberikan taklimat menyeluruh mengenai prosedur dan proses yang perlu dilalui sepanjang ujian itu.

Pemenang pingat perak Sukan Olimpik itu dimaklumkan bahawa analisis ujian tersebut akan mengambil sedikit masa.

Difahamkan makmal tersebut akan memaklumkan BWF mengenai keputusan itu.

BWF kemudian akan memaklumkan kepada atlet tersebut melalui Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Chong Wei dipercayai terlibat dalam skandal doping selepas penemuan penggunaan deksametason dalam sampel air kencing semasa ujian rawak yang dijalankan ketika Kejuaraan Dunia di Copenhagen, Ogos lalu.

Tags / Kata Kunci: Lee Chong Wei , sampel B , doping

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan