Nicol, Wee Wern Mara Suku Akhir Skuasy Terbuka AS

Diterbitkan: Rabu, 15 Oktober 2014 9:56 AM

Nicol David (kiri) dan Wee Wern (dua, kanan) mara ke suku akhir Kejohanan Skuasy Terbuka Amerika Syarikat 2014 di Drexel University, Philadelphia.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ratu skuasy negara, Datuk Nicol David dan pemain nombor dua negara, Low Wee Wern mara ke suku akhir Kejohanan Skuasy Terbuka Amerika Syarikat 2014 di Drexel University, Philadelphia.

Pemain nombor satu dunia, Nicol, yang memburu gelaran Terbuka Amerika Syarikat bagi kali ketiga berturut-turut, mengambil masa cuma 28 minit untuk menundukkan pemain Australia, Rachael Grinham, dengan 11-1, 11-8 dan 11-3 dalam pusingan kedua di ASB Glass Court pada lewat Isnin.

Nicol, 31, dari Pulau Pinang merangkul gelaran Terbuka Amerika Syarikat pada 2012 dan 2013. 

"Rachael dan saya bertarung banyak kali. Beliau amat berpengalaman namun penuh. Anda perlukan pelan A, B dan C untuk bersedia menentangnya! 

"Saya tahu saya perlu memberi fokus sepenuhnya, dan saya benar-benar gembira dengan prestasi hari ini,” kata Nicol yang dipetik berkata demikian dalam laman web www.ussquashopen.com. 

Pilihan keenam, Wee Wern sebaliknya terpaksa bertarung dalam empat set sebelum menewaskan lawannya dari Guyana Nicolette Fernandes 11-8, 11-7, 5-11 dan 11-3 dalam perlawanan selama 61 minit.

"Saya benar-benar berhempas pulas pada awalnya. Saya tidak dapat melihat bola atau mencari rentak.

"Saya berhempas-pulas sepanjang permainan. Beliau beraksi dengan baik dan memberi banyak tekanan ke atas saya," kata Wee Wern. 

Nicol dan Wee Wern akan berentap satu sama lain pada perlawanan suku akhir lewat Rabu.

Tags / Kata Kunci: Nicol David

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan