Usia Tidak Jejas Stamina Federer - Djokovic

Diterbitkan: Ahad, 12 Oktober 2014 9:43 AM

Federer mara ke pusingan akhir selepas menewaskan Djokovic.

(Ubah saiz teks)

SHANGHAI: Pemain No.1 dunia, Novak Djokovic berkata usia tidak memperlahankan pergerakan Roger Federer menerusi apa yang dilihatnya sepanjang pertemuan penuh mendebarkan di antara mereka pada aksi separuh akhir Shanghai Master, tengah malam Sabtu.

Djokovic tewas 6-4, 6-4 ditangan Federer.

Kemenangan Federer ke atas juara bertahan dua kali itu turut membantu menebus kekalahan terhadap Djokovic, 27, pada aksi final Wimbledon tahun ini.

"Saya rasa dia bermain dengan bagus sama seperti tahun-tahun sebelumnya. Saya percaya usia tidak menjejaskan rentak permainannya.

"Aksi beliau malam ini merupakan antara yang terbaik sepanjang pertemuan kami. Setiap kali saya mempunyai peluang, beliau akan menyekat langkah saya dan muncul juara," kata Djokovic.

Federer enam tahun lebih tua daripada Djokovic dan mempunyai empat orang cahaya mata.

Pemain dari Serbia itu berkata, keutamaannya kini adalah menanti saat kelahiran bayi sulungnya bersama isterinya, Jelena.




iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan