Tenis Shanghai Masters: Djokovic - Federer Bertemu Di Separuh Akhir

Diterbitkan: Sabtu, 11 Oktober 2014 9:40 AM

Aksi Djokovic ketika menentang Ferrer.

(Ubah saiz teks)

SHANGHAI: Pemain nombor satu dunia, Novak Djokovic dan juara Grand Slam tujuh kali, Roger Federer akan bertarung untuk merebut tempat pada perlawanan akhir Shanghai Masters selepas kedua-dua mereka menang di peringkat suku akhir dalam perlawanan Jumaat.

Gilles Simon dari Perancis dan pemain Sepanyol, Feliciano Lopez juga akan bertemu di separuh akhir pada Sabtu dalam kemuncak kejohanan yang dramatik.

Federer memenangi perlawanan dengan menewaskan Julien Benneteau dari Perancis, dengan mata 7-6 (7/4), 6-0.

Federer, pilihan ketiga di Shanghai, kali terakhir berdepan Djokovic, dalam perlawanan epik peringkat akhir Wimbledon.

Pemain Switzerland ini mempunyai sedikit kelebihan berdasarkan pertemuan mereka sebelum ini, dengan menang 18 kali, berbanding Djokoviv yang menang 17 kali.

"Saya rasa ngeri setiap kali kami bermain menentang satu sama lain," kata Djokovic, pemain pilihan utama di Shanghai.

"Ia benar-benar satu cabaran besar bagi kami berdua. Kami perlu memberikan yang terbaik. Kami perlu memberikan 'permainan A' dalam usaha untuk menang."

Federer telah menunjukkan prestasi menakjubkan musim ini, dan bersedia untuk mengatasi pemain nombor dua dunia, Rafael Nadal dalam kedudukannya di Shanghai.

Tetapi kedua-dua pemain masih berada jauh di belakang Djokovic.

"Saya rasa perlawanan kami sentiasa sukar bila berdepan satu sama lain," kata Federer mengenai lawannya pada separuh akhir.

"Kita akan lihat sejauh mana dia benar-benar boleh lakukannya, berapa banyak dia boleh meneutralkan saya, dan sejauh mana saya dapat mengatasinya."

Djokovic melangkah ke separuh akhir dengan mengatasi David Ferrer 6-4, 6-2 dalam usaha merebut gelaran ketiga berturut-turut.

Tags / Kata Kunci: Shanghai Masters , Novak Djokovic

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan