Terbuka China: Djokovic Ke Final Selepas Tewaskan Murray

Diterbitkan: Sabtu, 4 Oktober 2014 6:02 PM

Aksi Djokovic ketika menentang Murray, Sabtu. -AFP

(Ubah saiz teks)

BEIJING: Novak Djokovic menempah tiket ke perlawanan akhir Terbuka China selepas mengenepikan lawannya dari Britain, Andy Murray, Sabtu.

Pemain nombor satu dunia itu, yang juga pilihan pertama kejohanan menang 6-3, 6-4.

Djokovic, bintang dari Serbia, akan bertemu Tomas Berdych, pemain dari Republik Czech, di peringkat final, Ahad.

Berdych, pada peringkat separuh akhir menewaskan pemain dari Slovakia, Martin Klizan 6-4, 6-1.

Dalam saingan di pentas akhir kali ini, Djokovic memburu gelaran kelima dalam kejohanan ini, apabila mula memenanginya pada 2009.

Beliau tidak mengambil bahagian pada 2011.
Tags / Kata Kunci: Terbuka China , Novak Djokovic , Andy Murray

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan