Terbuka China: Murray Tewaskan Cilic Mara Ke Separuh Akhir

Diterbitkan: Jumaat, 3 Oktober 2014 6:59 PM

(Ubah saiz teks)

ANDY Murray menewaskan juara Terbuka Amerika Syarikat Marin Cilic 6-1 6-4 untuk mara ke separuh  akhir Terbuka China, Jumaat.

Murray bakal berdepan dengan jaguh Serbia, Novak Djokovic pada saingan separuh akhir nanti.

Bintang Britain berada dalam posisi terbaik untuk merangkul sekali lagi gelaran juara selepas menggondol trofi Terbuka Shenzen minggu lalu menguasai permainan ketika menentang Cilic.

Murray mengambil masa 1 jam 38 untuk memastikan slot ke separuh akhir menjadi miliknya.

Tags / Kata Kunci: Terbuka China , Andy Murray

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan