Terbuka Malaysia: Nishikori Jumpa Nieminen Di Separuh Akhir

Diterbitkan: Jumaat, 26 September 2014 11:13 PM

Kei Nishikori.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemain tenis nombor 8 dunia Kei Nishikori dari Jepun akan bertemu pemain Finland Jarkko Nieminen pada saingan separuh akhir Kejohanan Tenis Terbuka Malaysia ATP 2014 di Stadium Putra, Bukit Jalil di sini.

Nishikori, yang juga pemain pilihan utama kejohanan menewaskan pemain Australia Marinko Matosevic 6-3 dan 6-0.

"Saya menjangkakan pertarungan sengit hari ini (Jumaat)... namun saya bermain dengan baik dan beliau terpaksa bergelut sedikit terutama pada set kedua. Saya cuba memperbaiki tahap permainan dan menamatkan perlawanan lebih awal.

"Saya cuba bermain lebih agresif... Keadaan di sini bagus, banyak sokongan... rakyat Jepun hadir dan itu amat baik untuk saya," katanya kepada pemberita selepas perlawanan itu.

Nishikori dan Nieminen tidak pernah menentang antara satu sama lain pada siri Jelajah Dunia ATP.

"Nieminen sememangnya seorang pemain yang kuat. Beliau mempunyai pukulan rendah yang bagus. Saya tidak pernah menentang beliau sebelum ini, jadi ia akan menjadi perlawanan yang sengit," katanya.

Sementara itu, Nieminen menewaskan pemain pilihan ketujuh Pablo Andujar dari Sepanyol 6-3 dan 6-4 dalam pusingan suku akhir pada Jumaat.

"Saya rasa tiga permainan pertama dalam set kedua adalah sengit... Saya mungkin tewas, itu boleh berlaku namun selepas itu, saya mula memberi tumpuan... dan mula bermain dengan baik namun saya tidak menyangka akan memenangi keenam-enam permainan.

"Saya suka bermain di Kuala Lumpur.... Kemenangan semalam adalah kemenangan terbaik saya dan menjadikan saya lebih yakin. Selagi saya berusaha, saya boleh menang," katanya selepas perlawanan itu.

Nieminen, yang menduduki ranking ke-57 dunia, berkata beliau tahu Nishikori adalah pemain pilihan untuk memenangi kejohanan ini dan bermain dengan baik pada tahun ini.

"Saya tidak pernah bertemu Nishikori... Namun kita tidak akan tahu apa yang bakal berlaku dalam tenis... Saya tidak kisah dan saya rasa saya bersedia untuk menang," katanya.

Pada perlawanan beregu, pasukan pilihan kedua Jamie Murray dari Britian dan pemain Australia John Peers akan bertemu pilihan ketiga iaitu pasangan Dominic Inglot dari Britian pemain Romania Florin Margea dalam perlawanan separuh akhir.

Murray/Peers menewaskan pemain Jerman Benjamin Becker dan pemain Australia Rameez Junaid 7-6(2) dan 6-0 manakala Inglot/Mergea mengalahkan Leonardo Mayer dari Argentina dan Joao Sousa dari Protugal 7-6(3), 4-6 dan 10-8.

Pasukan pilihan keempat Marcin Matkowski dari Poland dan pemain India Leander Paes pula menyingkirkan pemain yang dipilih secara 'wildcard' dari Austria iaitu Jurgen Melzer dan Philipp Petzschner dari Jerman 6-2, 6-7(5) dan 10-6.

Matkowski/Paes akan bertemu Andre Begemann dari Jerman dan pemain Austria Julian Knowle.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan