Sukan Asia: Misteri Angin Di Gelanggang Badminton

Diterbitkan: Selasa, 23 September 2014 12:04 PM

Tago yang dua kali merasai angin meniup mukanya tewas ditangan pemain Korea, Son pada perlawanan suku akhir.

(Ubah saiz teks)

SEOUL: Jurulatih skuad badminton Indonesia mendakwa berlaku kejadian aneh ketika pasukan Jepun kalah kepada Korea Selatan 2–3 dalam saingan Sukan Asia di Incheon, pada Isnin.


Menurut Richard Mainaky, dia merasai ada angin yang tidak sepatutnya bertiup ketika perlawanan berlangsung.

“Memang kami dapat merasakan perubahan tiupan aneh dan tindakan pasukan Jepun membuat bantahan kepada pengadil memang tepat,” katanya.

Pertandingan dalam set pertama menyaksikan pemain perseorangan Jepun, Kenichi Tago mengatasi pemain Korea Selatan, Son Wan-Ho 12-21.

Bagaimanapun pada pertengahan set kedua, Tago mendakwa wajahnya diterpa angin dan ia diadukan kepada pengadil.

Dalam set kedua, Son mengalahkan Tago 21-11. Dalam set penentuan Tago akhirnya tunduk 16 – 21 dan Tago sekali lagi berasa ada angin meniup mukanya.

Walaupun begitu, Majlis Olimpik Jepun berpendapat mereka tidak akan memanjangkan isu berkenaan kepada Majlis Olimpik Antarabangsa ataupun panitia penganjur.

Mainaky berkata, dia sendiri merasai perubahan angin itu dari depan tempat duduknya.

“Bulu tangkis memang sangat sensitif kepada angin.

“Jika kekalahan pasukan Jepun adalah akibat kesan angin itu, ia sangat menyedihkan,” katanya.


Tags / Kata Kunci: badminton , Sukan Asia , angin

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan