Chong Wei Tidak Risau Hadapi China Esok

Diterbitkan: Ahad, 21 September 2014 7:27 PM

Lee Chong Wei.

(Ubah saiz teks)

INCHEON: Malaysia tidak tertekan untuk berdepan dengan juara bertahan China pada saingan separuh akhir acara badminton berpasukan lelaki pada temasya Sukan Asia ke-17 di sini esok.

Malah, jaguh negara Datuk Lee Chong Wei, berkata China kali ini akan lebih berwaspada selepas pasukan negara muncul naib juara Piala Thomas 2014 di New Delhi, Mei lepas.
 
"Mereka tahu barisan negara di sini adalah sama seperti pada final Piala Thomas lepas," katanya kepada pemberita selepas pasukan negara mengalahkan Nepal 3-0 pada peringkat suku akhir di sini hari ini.

Pada saingan Piala Thomas 2014, imej China tercalar apabila kalah 3-0 kepada Jepun di separuh akhir sebelum pasukan 'Matahari Terbit' itu merangkul kejuaraan dengan mengecewakan Malaysia 3-2 di final.

Chong Wei berkata beliau akan cuba menyumbang mata pertama negara untuk mencetuskan semangat pasukan negara.

Bagaimanapun, beliau meramal China tidak akan menurunkan musuh tradisinya Lin Dan pada separuh akhir kerana beliau percaya pasukan lawan itu mungkin mempunyai strategi tersendiri.
 
"Apa pun yang bakal berlaku kami sebagai satu pasukan akan cuba yang terbaik dan tidak apa yang perlu untuk kami rasa tertekan.
 
"Saya harap semua pemain dapat memberi kerjasama dengan baik untuk pasukan negara," kata pemain nombor satu dunia itu.

Mengenai keadaan gelanggang di Gimnasium Gyeyang, Chong Wei berkata banyak pemain merungut tentang keadaan angin yang kuat serta susun atur lampu limpah yang menyebabkan pemain keliru apabila melakukan pukulan bola tinggi.

Bagaimanapun, beliau optimis bahawa keadaan itu bukan alasan pasukan negara untuk meraih kemenangan ke atas China.
 
Sebagai rekod, China merupakan juara lima kali Sukan Asia bermula dari edisi 1976 di Tehran, 1982 di New Delhi, 1990 di Beijing, 2006 di Doha dan edisi lepas di Guangzhou, China, pada 2010.

Dalam pertemuan dengan Nepal, Malaysia hanya memerlukan masa 67 minit untuk mengesahkan slot separuh akhir.

Chong Wei membuka langkah dengan mata pertama selepas menundukkan Tamang Ratna Jit 21-10 dan 21-12 dalam masa 25 minit.

Mata kedua pasukan negara disumbangkan oleh Chong Wei Feng apabila mengalahkan Shrestha Bikash 21-10 dan 21-13 dalam masa 27 minit.

Pemain pelapis negara, Iskandar Zulkarnain Zainuddin, hanya memerlukan masa 15 minit untuk mengesahkan slot separuh akhir dengan mengatasi Tamrakar Sajan Krishna 21-3 dan 21-4.
Tags / Kata Kunci: badminton , Chong Wei

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan