Hutchins Bersara Sebagai Pemain Profesional - Raket | mStar

Hutchins Bersara Sebagai Pemain Profesional

Diterbitkan: Sabtu, 13 September 2014 10:44 AM

Hutchins (kiri) berpasangan dengan pemain Taiwan Yung-Jan Chan dalam aksi beregu campuran pada Terbuka Amerika Syarikat baru-baru ini.

(Ubah saiz teks)

PEMAIN veteran Piala Davis Britain, Ross Hutchins mengumumkan persaraan sebagai pemain tenis profesional.

Hutchins baharu kembali aktif pada Januari lalu selepas mengidap penyakit lymphocytes atau sel darah putih.

"Dengan berat hati, saya mengumumkan persaraan daripada karier profesional ini.

"Selepas sekian lama membuat pertimbangan, saya yakin inilah masa yang paling sesuai untuk berhenti bermain dan memberi fokus kepada fasa baharu dalam karier dan hidup saya.

"Saya telah melalui satu pengalaman menakjubkan sepanjang berkecimpung dalam dunia tenis ini dan sangat berbangga dengan pencapaian setakat ini.

"Tanpa sokongan yang kuat, tidak mungkin saya akan berjaya seperti hari ini," jelas pemian berusia 29 tahun ini.

Hutchins mencatat lima gelaran grand slam dan pernah mencatat kedudukan terbaik dalam acara beregu di kedudukan ke-26 dunia pada tahun 2012.

Tags / Kata Kunci: piala david , ross hutchins
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan