Terbuka AS: Cilic Rangkul Gelaran Grand Slam Pertama Di New York - Raket | mStar

Terbuka AS: Cilic Rangkul Gelaran Grand Slam Pertama Di New York

Diterbitkan: Selasa, 9 September 2014 7:30 AM

(Ubah saiz teks)

MARIN Cilic mengetepikan Kei Nishikori 6-3 6-3 6-3 pada aksi akhir Terbuka Amerika Syarikat di New York sekaligus meraih gelaran Grand Slam pertama pada kejohanan ini yang berlangsung awal pagi Selasa.

Pemain Croatia berusia 25 tahun itu menggunakan peluang sebaik-baiknya apabila meneruskan aksi bertenaga ke atas pemain Jepun yang kelihatan sedikit penat.

"Saya yakin ini adalah hasil daripada kerja keras beberapa tahun sebelum ini. 

"Malah pasukan juga telah memberi sesuatu yang istimewa kepada saya tahun ini.

"Kamu tidak akan tahun apa yang akan berlaku ketika permainan dan sudah pasti perasaan gemuruh itu ada ketika set pertama.

"Semua yang saya impikan hadir pada hari ini," jelasnya selepas perlawanan.

Kemenangan ini lebih bermakna kepada Cilic selepas dia digantung setahun kerana gagal ujian penggunaan dadah tahun lalu.

Cilic menjadi pemain Croatia pertama yang memenangi gelaran grand slam sejak jurulatihnya Goran Ivanisevic mencatat kemenangan bersejarah di Wimbledon pada tahun 2001.

Kejohanan ini juga menyaksikan buat julung kalinya selepas Terbuka Austalia 2005, tiga nama terkemuka Novak Djokovic,Rafael Nadal dan Roger Federer gagal beraksi ke pentas akhir.

Sementara itu, Nishikori berkata, dia berdepan dengan permainan yang sukar.

"Saya memohon maaf kerana gagal menjulang trofi kemenangan, namun saya akan pastikan pada lain kejohanan.

"Bagaimana pun tempoh dua minggu ini merupakan pengalaman yang manis," jelasnya.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan