Terbuka AS: Pasangan Kembar Tuan Rumah Catat Kemenangan Ke-100

Diterbitkan: Isnin, 8 September 2014 1:04 PM

Bob (kiri) dan Bryan mencium trofi juara Terbuka Amerika Syarikat, Isnin.

(Ubah saiz teks)

PASANGAN kembar Amerika Syarikat, Bob dan Mike Bryan menjadi pasangan beregu pertama yang mencatat kejayaan ke-100 bersama selepas mengetepikan pasangan dari Sepanyol,Marcel Granollers-Marc Lopez 6-3 6-4 pada final Terbuka Amerika Syarikat awal pagi Isnin.

Pasangan no.1 dunia ini menjadi pilihan ke-11 hanya tewas satu set dalam perlawanan bagi mencatat trofi kelima kejohanan ini dan gelaran yang ke-16 grand slam bersama.

Kejayaan pasangan kembar berusia 36 tahun itu juga merupakan gelaran pertama grand slam tahun ini dan kini mereka sekurang-kurang mencatat satu gelaran grand slam bersama dalam tempoh 10 tahun.

Tags / Kata Kunci: terbuka Amerika Syarikat , beregu

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan