Terbuka AS: Nishikori Galas Cabaran Berat Untuk Catat Sejarah Dalam Tenis Jepun

Diterbitkan: Jumaat, 5 September 2014 11:02 PM

Wajah pemain Jepun, Kei Nishikori selepas menewaskan pemain Switzerland, Stan Wawrinka di peringkat suku akhir Terbuka Amerika.

(Ubah saiz teks)

TOKYO: Harapan negara terletak di bahu Kei Nishikori, yang akan bertarung hujung minggu ini untuk menjadi pemain Jepun pertama bermain dalam acara perseorangan akhir kejohanan tenis Grand Slam.

Dia menyingkirkan juara Terbuka Australia Stan Wawrinka dalam lima set di suku akhir Terbuka Amerika Syarikat untuk menjadi pemain Jepun yang pertama dalam tempoh 81 tahun mencapai peringkat separuh akhir kejohanan utama dan yang pertama sejak acara Grand Slam dibuka pada tahun 1968 yang membolehkan pemain profesional bersaing dengan amatur.

Kini, pemain berusia 24 tahun ini berada di antara pemain nombor satu dunia, Novak Djokovic yang merupakan pencabarnya dan sejarah yang mungkin bakal dicipta.

"Keletihannya mungkin berada di kemuncak tetapi dia berazam untuk 'menjadi lebih kuat dan kuat dan mara ke perlawanan akhir," kata akhbar harian Nikkan Sports.

"Dia betul-betul berada di dunia yang tidak pernah dilalui sesiapa."

Bapa Nishikori, Kiyoshi, 57, memberitahu akhbar Asahi: "Kei cenderung untuk bersungguh-sungguh mencipta keajaiban dengan bermain di luar had fizikalnya apabila dia mempunyai matlamat untuk diberikan fokus."

Wilayah kelahirannya di Shimane, barat Jepun juga berharap bahawa kejayaannya akan membantu meningkatkan profilnya.

Pemain Jepun yang pertama berjaya ke separuh akhir di kejohanan yang besar ialah Ichiya Kumagae, pada tahun 1918 di Amerika Syarikat yang bermain dalam acara perseorangan lelaki kejohanan itu.

Bagi kategori wanita Jepun mempunyai lebih banyak kejayaan dalam beberapa dekad kebelakangan ini, dengan Kazuko Sawamatsu berjaya ke separuh akhir Terbuka Australia pada 1973 dan pemain evergreen Kimiko Date Krumm yang bermain di separuh akhir acara utama dalam tahun 1994, 1995 dan 1996.

SEmentara itu, Roger Federer akan bertemu pemain Croatia, Cilic yang menewaskan pemain Czech Tomas  Berdych 6-2, 6-4, 7-6 (7/4) dalam satu lagi perlawanan separuh akhir.

Tags / Kata Kunci: Terbuka Amerika , Kei Nishikori

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan