Kesungguhan Chong Wei Tiada Bandingan - Khairy

Diterbitkan: Isnin, 1 September 2014 12:11 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Meskipun jaguh bandminton negara, Datuk Lee Chong Wei gagal memenangi gelaran juara selepas tewas kepada pemain China, Chen Long pada Kejohahan Dunia, khidmat beliau terhadap negara tiada bandingnya, kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata jelas kelihatan kesungguhan yang ditonjolkan pemain nombor satu dunia itu dalam usaha merealisasikan harapan peminat negara.

"Chong Wei telah tunjukkan satu persembahan yang bersemangat dan saya harap beliau tidak putus asa kerana dia masih lagi menjadi harapan terbaik negara untuk dapat pingat emas di Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro.

"Beliau telah maklumkan kepada saya bahawa dia tidak akan berhenti lagi dan saya minta selepas ini agar Chong Wei tumpu kepada Sukan Asia pula, yang akan berlangsung tidak lama lagi," katanya kepada pemberita selepas menyertai program Senamrobik anjuran radio Era FM di Tasik Titiwangsa, di sini, Isnin.

Dalam kejohanan yang berlangsung di Copanhagen, Denmark itu, Chong Wei tewas dalam satu perlawanan sengit kepada pemain pilihan kedua, Chen Long dari China 19-21 dan 19-21 dalam final perseorangan lelaki.

Dalam perlawanan yang berlanjutan selama satu jam sembilan minit itu, Chong Wei kelihatan memberi harapan untuk menang kepada para peminat namun lawannya lebih menonjol dan bersedia untuk menerima gelaran terbesar itu.

Beliau sebelum ini, sejak tahun 2012 layak ke final namun selepas tiga tahun berturut-turut masih belum berupaya merebut gelaran juara Kejohanan Dunia.

Mengulas secara keseluruhan penyertaan Malaysia pada Kejohanan Dunia yang berakhir malam tadi, Khairy berkata memang pihaknya tidak menjangkakan sebarang keputusan daripada pasangan beregu.

"Beregu lelaki kini berada dalam proses peralihan dan penstrukturan semula sebab mereka nak tukar pasangan, jadi memang kita tidak menjangkakan pasukan beregu lelaki dapat kejayaan yang cemerlang.

"Bagi beregu wanita pula, mereka baru nak membangun.. baru dapat kejayaan di peringkat Sukan Sea dan ada sedikit kita lihat di peringkat Sukan Komanwel... beregu wanita kita sudah lama ketinggalan," katanya.

Khairy berkata Malaysia sudah lama tidak memiliki pemain beregu wanita hebat namun beliau berharap peminat sukan itu memberi sedikit masa kepada Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk mencari bakat yang boleh diketengahkan.

Sementara itu, semasa mengulas masalah yang dihadapi BAM berkaitan dengan rombakan kejurulatihan, latihan dan para pemain, Khairy berkata beliau mencadangkan kepada BAM untuk melantik seorang pengarah teknikal bagi menyelesaikan kemelut yang melanda BAM.

"Saya telah maklumkan kepada BAM mungkin kita kena dapatkan khidmat seorang pengarah teknikal yang boleh menjaga keseluruhan kejurulatihan sebab buat masa ini tidak ada seorang ketua atau pengarah jurulatih.

"Kita ada Rashid Sidek sebagai ketua jurulatih tetapi tidak ada pengarah yang dipisahkan daripada jurulatih-jurulatih biasa. Dulu kita ada Morten Frost (bekas pengarah kejurulatihan) dan mereka kini sedang pertimbangkan cadangan saya," katanya.

Katanya, pihaknya bersama pengurusan BAM kini sedang mencari calon yang layak bagi jawatan pengarah teknikal dan beberapa nama termasuk dari negara China, yang telah pun dibincangkan.
Tags / Kata Kunci: Lee Chong Wei , Khairy Jamaluddin

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan