Pengadilan Buruk Hampir Jejas Peluang Tan, Hoon Ke Suku Akhir

Diterbitkan: Jumaat, 29 Ogos 2014 7:40 AM

Hoon Thien How dan Tan Wee Kiong mengasak pasangan dari Poland Lukasz Moren dan Wojciech Szkudlarczyk pada Kejohanan Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF) 2014. Beregu negara menang dengan tiga set 18-21, 21-14 dan 21-19. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

COPENHAGEN: Keputusan pengadil garisan yang didakwa berat sebelah hampir meragut peluang beregu negara Hoon Thien How dan Tan Wee Kiong ke suku akhir Kejohanan Badminton Dunia BWF 2014 di sini.

Pada saingan pusingan ketiga di Ballerup Super Arena di sini, Khamis, beregu pilihan ketujuh itu bagaimanapun bijak menangani perkara itu sebelum mengalahkan beregu Jepun, Takeshi Kamura dan Keigo Sonoda.

Beregu negara dipaksa mengerah keringat sebelum menang 19-21, 21-17 dan 21-19 dalam pertarungan selama 47 minit.

Hoon/Tan, yang menduduki ranking kesembilan dunia, akan berdepan dengan beregu Korea Selatan, Ko Sung Hyun/Shin Baek Choel pada saingan suku akhir esok.

Beregu Korea Selatan itu menempah slot ke suku akhir selepas mengejutkan beregu nombor tiga dunia, Hiroyuki Endo/Kenichi Hayakawa dari Jepun dengan keputusan 'straight-set' 23-21 dan 21-17 dalam perlawanan selama 45 minit.

Untuk rekod, Hoon/Tan tidak pernah kalah kepada beregu Korea Selatan itu dalam dua pertemuan sebelum ini apabila menang dalam 'rubber-set' pada Terbuka China tahun lepas dan Terbuka Jerman tahun ini.

Bagaimanapun, kemaraan beregu tunggal negara itu gagal diikuti oleh gandingan Koo Kien Keat/Tan Boon Heong yang kalah kepada beregu nombor lima dunia, Lee Sheng Mu/Tsai Chia Hsin dari Taiwan.

Koo/Tan mempamerkan corak menyerang dan bertahan dengan baik sebelum menang set pertama 21-14.

Bagaimanapun, beregu Taiwan itu bangkit semula untuk memenangi set kedua 21-10 dan diheret ke set penentuan sebelum menyingkirkan beregu negara dengan 21-19 dalam saingan selama 47 minit.

Dalam pada itu, Wee Kiong nyata tidak berpuas hati dengan beberapa keputusan pengadil garisan termasuk tiga mata yang diberikan kepada pihak lawan pada set penentuan walaupun jelas bulu tangkis terkeluar daripada garisan.

Katanya, perkara sedemikian tidak seharusnya berlaku dalam kejohanan berprestij seperti ini yang mungkin boleh menjejaskan kualiti kejohanan serta memberi kesan kepada pemain yang bertanding.

"Saya rasa dalam kejohanan ini, keputusan penjaga garisan harus lebih adil...kalau satu kita boleh terima tapi kalau tiga keputusan (berat sebelah), kita pun tidak boleh terima. Saya harap perkara ini dapat diperbaiki," katanya.

Wee Kiong menyasarkan slot separuh akhir walaupun sedar bakal menerima tentangan sengit daripada beregu Korea Selatan itu.

Pandangan Wee Kiong itu turut dikongsi oleh rakannya Hoon yang turut kecewa dengan mutu pengadilan terutamanya pada set penentuan perlawanan itu.

"Saya memang geram kerana sewaktu kita mendahului 15-10 (pada set ketiga), ada beberapa keputusan yang boleh dipersoalkan namun kami tidak terlalu fikirkan sangat...lepas itu, sewaktu menghampiri penghujung perlawanan, kita tidak boleh tahan kerana mata lawan dengan kita hampir sama," katanya yang sebelum itu kelihatan menghempas raketnya akibat mutu pengadilan yang meragukan.

Sementara itu, ketua jurulatih beregu negara, Pang Chen Chang berharap perkara berkenaan tidak akan menjejaskan semangat Hoon dan Wee Kiong bagi menghadapi aksi suku akhir.
Tags / Kata Kunci: Kejohanan Dunia BWF 2014

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan