Kejohanan Badminton Dunia: Cabaran Beregu Lelaki Malaysia Berakhir

Diterbitkan: Jumaat, 29 Ogos 2014 9:27 PM

Beregu lelaki negara Hoon Thien How dan Tan Wee Kiong kecewa selepas kalah kepada pasangan dari Korea Selatan Ko Sung Hyun dan Shin Baek Choel ketika beraksi pada peringkat suku akhir Kejohanan Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF) 2014 di Copenhagen, Jumaat. Malaysia hanya berharap kepada jaguh perseorangan negara Datuk Lee Chong Wei bagi meneruskan perjuangan dalam kejohanan ini. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

COPENHAGEN: Harapan Malaysia untuk menyaksikan sekurangnya-kurangnya satu pasangan beregu lelakinya beraksi pada saingan separuh akhir Kejohanan Badminton Dunia BWF 2014 yang berlangsung di Denmark, tidak menjadi kenyataan.

Wakil tunggal negara, Hoon Thien How dan Tan Wee Kiong yang diletakkan selaku pilihan ketujuh, kalah mengejut 18-21 dan 13-21 kepada pilihan ke-12, Ko Sung Hyun dan Shin Baek Cheol dari Korea Selatan pada saingan suku akhir di Ballerup Super Arena, di sini, pada Jumaat.

Bercakap kepada pemberita selepas perlawanan itu, Tan mendakwa mereka hanya sempat menjalani latihan singkat selama sebulan setengah memandangkan beliau sebelum ini banyak beraksi bersama Goh V Shem.

Pemain berusia 25 tahun itu turut mengakui perubahan mengejut taktikal pihak lawan turut menjadi punca kekalahan mereka walaupun pernah menang dua kali dalam pertemuan terdahulu.

Tan dan Hoon pernah mengalahkan wakil Korea Selatan itu pada pusingan kedua Kejohanan Terbuka China 2013 serta peringkat suku akhir Terbuka Jerman, awal tahun ini.

"Mereka sudah baca corak permainan dengan bagus sejak set pertama...kita pula lambat untuk mematikan hantaran mereka. Kita cuba mengubah rentak permainan (pada set kedua) namun sudah terlambat," kata pemain kelahiran Johor itu.

Mengulas mengenai peluang meraih pingat pada Sukan Asia 2014 di Korea Selatan, Sept ini bersama Goh, Tan hanya menyasarkan dapat memberi persembahan terbaik kerana Goh bakal menjalani rawatan pemulihan kecederaan belakang dalam tempoh terdekat.

Turut senada dengan Tan ialah Hoon yang mendakwa kurang keserasian dalam permainan selepas lama tidak beraksi bersama menjadi punca kekalahan mereka.

Satu lagi pasangan beregu lelaki negara, Koo Kien Kiat dan Tan Boon Heong sebelum itu tersingkir daripada kejohanan ini selepas kalah 21-14, 10-21 dan 19-21 kepada pilihan keenam, Lee Sheng Mu dan Tsai Chia Hsin Tsai dari Taiwan dalam pusingan ketiga pada Khamis.

Tags / Kata Kunci: badminton dunia 2014 , beregu lelaki

iklan

Video

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Khamis, 12 Oktober 2017 9:54 AM

Ifa Raziah ‘Kejar’ Malique

Kolumnis

iklan

Iklan