Kejohanan Badminton Dunia: Skuad Wanita Negara Bungkus Awal

Diterbitkan: Khamis, 28 Ogos 2014 8:08 AM

Beregu wanita negara Lim Yin Loo dan Meng Yean Lee kelihatan sugul selepas kalah kepada pasangan dari China Luo Ying dan Luo Yu pada Kejohanan Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF) 2014 di Copenhagen. Pasangan negara kalah 7-21 dan 15-21. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

COPENHAGEN: Skuad wanita negara mempamerkan aksi hambar apabila menamatkan cabaran lebih awal pada Kejohanan Badminton Dunia BWF 2014 di Ballerup Super Arena, di sini, Rabu.

Pada saingan pusingan kedua, tiada seorang pun wakil negara yang berjaya melangkah ke pusingan berikutnya selepas kalah kepada lawan masing-masing.

Beregu Lee Meng Yean dan Lim Yin Loo memulakan hari malang skuad negara selepas kalah 7-21, 15-21 kepada pilihan kelapan yang merupakan pasangan kembar, Luo Ying dan Luo Yu dari China.

Langkah longlai skuad wanita berterusan selepas perseorangan utama negara, Tee Jing Yi tewas 18-21, 21-16 dan 10-21 kepada pilihan kesembilan, Carolina Marin dari Sepanyol.

Pasangan adik beradik, Ng Hui Ern dan Ng Hui Lin pula nyata bukan tandingan bagi pilihan ke-14 dari Belanda, Eefje Muskens dan Selena Piek selepas kecundang 17-21 dan 20-22.

Dua lagi beregu wanita negara Amelia Alicia Anscelly dan Soong Fie Cho serta Vivian Hoo Kah Mun dan Woon Khe Wei turut tersungkur kepada lawan masing-masing.

Amelia dan Soong tewas mudah 14-21 dan 16-21 kepada pilihan keempat yang juga beregu kelapan dunia, Yu Yang dan Wang Xiaoli dari China manakala Vivian dan Hoo memberikan saingan sengit sebelum kalah kepada pilihan ke-15, yang juga pemain tuan rumah, Line Damkjaer Kruse dan Marie Roepke dengan 16-21, 21-11 dan 10-21.

Harapan Malaysia pada kejohanan ini kini disandarkan kepada jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei serta Hoon Thien How/Tan Wee Kiong dan Koo Kien Kiat/Tan Boon Heong dalam acara beregu lelaki.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan