Pemain Mesir Kuasai Skuasy Terbuka Malaysia

Diterbitkan: Sabtu, 23 Ogos 2014 6:56 PM

Pemain skuasy Mesir Mohamed El Shorbagy (kiri) dan rakan senegaranya Raneem El Weleily meraikan kejayaan mereka selepas menjuarai Kejohanan Skuasy Terbuka Malaysia CIMB 2014 di NU Sentral Mall pada Sabtu. -Foto BERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemain Mesir menguasai Kejohanan Skuasy Terbuka Malaysia CIMB 2014 apabila merangkul gelaran lelaki dan wanita pada perlawanan akhir di pusat membeli-belah NU Sentral di sini, Sabtu.

Ini merupakan kali kedua pemain dari Mesir menguasai kedua-dua kategori itu selepas edisi 2012.

Pada final acara wanita, pemain nombor tiga dunia, Raneem El Weleily merangkul gelaran Terbuka Malaysia buat kali kedua selepas mengalahkan rakan senegara Nour El Tayeb 7-11, 11-3, 12-10, 2-11 dan 11-7.

Pemain berusia 25 tahun itu merangkul gelaran sulungnya selepas menundukkan ratu skuasy negara Datuk Nicol David pada final edisi 2012.
 
"Saya amat gembira untuk menjuarai kejohanan ini sekali lagi selepas sekian lama tidak merasai kejayaan," kata Raneem yang membawa pulang trofi dan hadiah wang tunai US$10,200 (RM32,242).

Dalam pada itu, Nour, selaku naib juara, memperoleh hadiah wang tunai US$6,900 (RM21,810).

Dalam acara final lelaki, Mohamed El Shorbagy mengambil masa 34 minit sahaja untuk merangkul kejuaraan sulung Terbuka Malaysia selepas mengalahkan pemain Hong Kong, Max Lee, dengan 11-6, 11-7 dan 11-9.
 
"Ini merupakan kemenangan sulung musim ini dan ia amat berharga bagi saya. Kejayaan ini sudah pasti menyuntik semangat untuk persediaan menghadapi Terbuka Hong Kong minggu depan," kata El Shorbagy.

Kejayaan itu membolehkan pemain berusia 23 tahun itu membawa pulang trofi serta hadiah wang tunai US$8,055 (RM25,461) manakala Max, yang mara dari pusingan kelayakan, menerima US$5,511 (RM17,420).

Tags / Kata Kunci: Skuasy Terbuka Malaysia 2014

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan