Pingat Emas Badminton Serikan Kontinjen Negara

Diterbitkan: Sabtu, 23 Ogos 2014 8:01 AM

June Wei (kanan) bersama pemain dari Hong Kong, Ng Tsz Ya bersalaman dengan lawan mereka dari Jepun, Tsuneyama Kanta yang berpasangan dengan pemain dari Taiwan, Lee Chia Hsin. - fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

NANJING (China): Kejayaan pemain badminton negara, Cheam June Wei meraih pingat emas menerusi acara beregu campuran antarabangsa pada temasya Sukan Olimpik Remaja (YOG 2014) menceriakan kontinjen negara yang sebelum ini suram tanpa sebarang pingat.

Cheam yang berganding dengan pemain Hong Kong, Ng Tsz Yau mengalahkan gandingan Tsuneyama Kanta (Jepun)/Lee Chia Hsin (Taiwan) dalam straight set 21-14 dan 23-21 pada aksi final, Sabtu.

Walaupun tiada kutipan pingat rasmi dikira bagi mengukur kejayaan kontinjen negara-negara yang beraksi di temasya sukan remaja terbesar dunia itu, namun kejayaan Cheam mampu membakar semangat rakan senegara untuk terus memburu pingat hingga tamat kejohanan.

Mengikut maklumat tidak rasmi kutipan pingat hari keenam YOG 2014, di laman web www.olympicsuniverse.com, pasukan tuan rumah, China terus mendominasi kejohanan tersebut apabila secara keseluruhan telah mengumpul sebanyak 16 pingat emas, enam pingat perak dan 11 pingat gangsa.

Rusia masih menjadi negara kedua tertinggi dalam senarai kutipan pingat dengan koleksi sembilan emas, tujuh perak dan lima pingat gangsa mengatasi pencabar terdekat, Itali yang sehingga kini mengumpul enam emas, tiga perak dan dua pingat gangsa.

Laman web rasmi bagi temasya empat tahun sekali ini iaitu www.nanjing2014.org tidak membekalkan maklumat mengenai kutipan pingat yang dikumpul bagi sesebuah negara sebaliknya hanya menyatakan acara sukan dan pingat harian yang dimenangi oleh sesebuah negara.

Menurut Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), YOG bukan mengenai keputusan dan persembahan tetapi lebih kepada menimba pengalaman, proses pembelajaran serta memahami karier masa depan seseorang atlet.

Tumpuan negara pada Sabtu tertumpu pada acara mamanah, terjun, olaharaga, ekuesterian dan gimnastik.

Tags / Kata Kunci: Sukan Olimpik Remaja , Nanjing , China

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan