Terbuka Malaysia: Nicol David Mara Ke Separuh Akhir

Diterbitkan: Khamis, 21 Ogos 2014 11:20 PM

Nicol ketika beraksi menentang pemain dari Hong Kong, Annie Au pada pusingan suku akhir Kejohanan Skuasy Terbuka Malaysia CIMB 2014 di Kuala Lumpur, Khamis. Nicol menang dengan 11-9, 11-5 dan 11-5. Foto BERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemain nombor satu dunia, Datuk Nicol David semakin hampir untuk meraih gelaran Terbuka Malaysia buat kali kesembilan selepas mara ke separuh akhir di Nu Sentral Mall di sini, malam Khamis.

Pilihan utama itu hanya mengambil masa 38 minit untuk menyingkirkan pilihan ketujuh Annie Au dari Hong Kong dengan 11-7, 12-10 dan 11-4 pada perlawanan suku akhir.

Nicol merangkul gelaran juara Terbuka Malaysia sebanyak lapan kali -- 2005, 2006, 2007, 2008, 2009, 2010, 2011 dan 2013. 

"Sebelumnya dalam perlawanan, saya membuat pukulan bola dan memerhatikan bagaimana bola melantun dan merasai bagaimana bermain di gelanggang kaca. 

"Annie menunjukkan permainan yang cukup baik...Saya perlu berhati-hati ketika dia memberi saingan," kata pemain berusia 30 tahun itu.  

Nicol akan bertemu pemain nombor tiga dunia, Raneem El Weleily dari Mesir pada separuh akhir Jumaat.

"Saya sudah bersedia. Selepas memenangi perlawanan ini, saya berasa puas dan tidak sabar untuk perlawanan esok. Saya berharap kita akan menyaksikan perlawanan yang menarik," kata beliau.

Raneem sebaliknya menghadapi tentangan sengit dalam perlawanan lima set daripada pemain England Sarah-Jane Perry sebelum menang.

Beliau mengambil masa selama 50 minit untuk menang dengan 11-4, 6-11, 12-10, 13-15 dan 11-6. 

Dalam satu lagi perlawanan suku akhir, pemain bukan pilihan, Nour El Tayeb dari Mesir layak ke separuh akhir selepas lawannya, pilihan kelapan Madeline Perry menarik diri daripada pertandingan akibat kekejangan otot pada kaki kiri ketika Nour mendahului set keempat dengan 9-2.

Nour memenangi perlawanan 2-1 dengan 11-9, 17-15 dan 4-11. Beliau akan menentang pemain Amerika Syarikat, Amanda Sobhy yang menempah tiket ke separuh akhir selepas menundukkan pemain Mesir, Habiba Mohamed Ahmed dengan straight set 11-5, 11-6 dan 11-7 dalam masa 25 minit.

Tags / Kata Kunci: Nicol David , Terbuka Malaysia

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan