Senarai Pemain Pilihan Tenis Terbuka AS

Diterbitkan: Rabu, 20 Ogos 2014 6:28 PM

Juara 2012, Andy Murray disenaraikan sebagai pilihan kelapan kejohanan kali ini yang akan bermula Isnin ini.

(Ubah saiz teks)

KEJOHANAN tenis Terbuka Amerika yang akan bermula Isnin depan telah mengeluarkan senarai pemain-pemain pilihan dengan Novak Djokovic mendahului senarai diikuti oleh Roger Federer dan Stanislas Wawrinka.

Juara 2012, Andy Murray, 27, diletak sebagai pemain pilihan kelapan.

Disenarai keempat ialah pemain Sepanyol, David Ferrer, (5) Milos Raonic, (6) Tomas Berdych, (7) Grigor Dimitrov, (8) Andy Murray, (9) Jo-Wilfried Tsonga dan (10) Kei Nishikori.

Berada pada pilihan kesebelas ialah Ernests Gulbis, (12) Richard Gasquet, (13) John Isner, (14) Marin Cilic, (15) Fabio Fognini dan (16) Tommy Robredo.

Malang sekali untuk kejohanan kali ini, juara bertahan Rafael Nadal, 28, terpaksa menarik diri kerana kecederaan pada pergelangan tangan kanannya.

Pemain nombor dua dunia itu mengalami kecederaan tersebut ketika sesi latihan pada 29 Julai baru-baru ini.

Terbuka Amerika adalah siri kejohanan Grand Slam penutup tirai bagi tahun ini. Tiga lagi kejohanan Grand Slam ialah Terbuka Australia, Terbuka Perancis dan Wimbledon.

Berikut adalah senarai pemain yang merangkul gelaran Grand Slam paling banyak dalam sejarah:

Roger Federer - 17 kali

Rafael Nadal - 14

Pete Sampras - 14

Roy Emerson - 12

Bjorn Borg - 11

Rod Laver - 11

Tags / Kata Kunci: Terbuka AS , Grand Slam

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan