Rafael Nadal Tarik Diri Pertahan Gelaran Terbuka AS

Diterbitkan: Selasa, 19 Ogos 2014 12:52 AM

Rafael Nadal. Foto AP

(Ubah saiz teks)

RAFAEL Nadal tidak akan mempertahankan gelaran kejohanan tenis Terbuka Amerika Syarikat (AS) kerana masih mengalami kecederaan pada pergelangan tangan.

Pemain dari Sepanyol berusia 28 tahun itu mengalami kecederaan ketika berlatih pada bulan lalu. Beliau telah berlatih dengan kecederaan pada pergelangan tangan kanan, sehingga terpaksa melupakan Piala Rogers di Toronto dan Terbuka Cincinnati pada minggu lalu.

"Saya mohon maaf untuk mengumumkan bahawa saya tidak dapat bermain pada Terbuka AS tahun ini," kata pemain yang menduduki ranking nombor dua dunia di Facebooknya pada Isnin.

"Saya pasti anda faham bahawa ia merupakan saat yang paling sukar buat saya memandangkan ia merupakan kejohanan yang saya sukai dan di mana saya mempunyai memori terindah daripada peminat-peminat, perlawanan dan banyak perkara lagi.

"Tidak banyak yang saya boleh lakukan sekarang melainkan menerima keadaan ini, dan seperti biasa, saya akan berusaha bersungguh-sungguh untuk bersaing ke tahap tertinggi apabila saya kembali nanti," katanya.

Nadal yang merangkul kemenangan Grand Slam sebanyak 14 kali juga mencatatkan kemenangan di Flushing Meadows pada 2010.


iklan

Kolumnis

iklan

Iklan