Federer Juarai Cincinnati Masters

Diterbitkan: Isnin, 18 Ogos 2014 7:35 AM

Federer menjuarai kejohanan Cincinnati Masters.

(Ubah saiz teks)

HARAPAN pemain No.3 dunia, Roger Federer untuk menambah koleksi kejuaraan Grand Slamnya menjadi kenyataan apabila beliau menewaskan David Ferrer dari Sepanyol 6-3 1-6 6-2 pada aksi akhir kejohanan Cincinnati Masters, awal pagi Isnin.

Kemenangan itu merupakan yang keenam buat Federer pada kejohanan tersebut.

Pemain Switzerland itu terpaksa bekerja keras untuk menewaskan Ferrer yang pernah bertemu dengannya pada aksi final Terbuka Perancis pada 2008.

Ferrer turut memberi tentangan sengit kepada Federer pada set kedua sebelum pemain berusia 33 tahun itu bangkit memperbaiki rentak permainannya.

Set ketiga tampak mudah buat Federer apabila beliau menguasai perlawanan untuk meraih kejuaraan ke-80 dalam kariernya.

Federer tewas dalam dua aksi akhir kepada Novak Djokovic pada kejohanan Wimbledon, Julai lalu dan Jo-Wlfried Tsonga pada kejohanan Kanada Masters, awal bulan ini.

Sementara itu, bagi kategori wanita, pemain No.1 dunia, Serena Williams menewaskan Ana Ivanovic dari Serbia 6-4 6-1 untuk merangkul trofi pertamanya pada kejohanan tersebut.

Serena menewaskan Ivanovic pada aksi akhir Cincinnati Masters.

Ia merupakan kejuaraan kelima buat pemain berusia 32 dari Amerika Syarikat itu pada tahun ini selepas mencatat kemenangan di Stanford, Rome, Miami dan Brisbane.
Tags / Kata Kunci: Cincinnati Masters

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan