Badminton: Kien Keat Mahu Tingkatkan Tahap Kecergasan

Diterbitkan: Jumaat, 15 Ogos 2014 8:45 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas pemain beregu negara, Koo Kien Keat kini giat menjalani latihan fizikal bagi merapatkan tahap kecergasan dengan gandingan lamanya Tan Boon Heong menjelang Kejohanan Badminton Dunia diCopenhagen, Denmark, bermula 25 Ogos ini.

Selepas kembali daripada persaraan Mac lepas, berat badan Kien Keat dilihat bertambah sedikit dan beliau kini sedang gigih menjalani latihan di gelanggang serta gimnasium bagi mengurangkan berat badannya.

"Saya akui ada sedikit jurang yang perlu dikejar untuk berganding semula dengan Boon Heong terutama dari sudut kecergasan namun keserasian saya dengan dia (Boon Heong) takkan hilang.

"Saya sudah lama bermain badminton dengan dia, cuma sekarang ini bagi saya, keadaan fizikal saya kurang bagus...saya takut tidak capai prestasi sebelum ini," katanya kepada pemberita di Stadium Juara, Bukit Kiara pada Jumaat.

Penampilan di Copenhagen adalah pertama buat pemain berusia 28 tahun itu selepas mengumumkan persaraannya dari arena badminton Mac lepas.

Pungutan mata yang diraih ketika bersama Boon Heong pada ranking kelapan dunia membolehkan mereka beraksi di Copenhagen iaitu selepas senarai nama fasa pertama dikeluarkan pada 25 April lalu.

Gandingan Kien Keat-Boon Heong berakhir Mac lepas. Sepanjang tujuh tahun digandingkan, beregu itu pernah menjuarai dua kejohanan besar iaitu mengutip emas di Sukan Asia 2006 dan All England pada 2007.

Kien Keat-Boon Heong akan tampil selaku beregu pilihan ke-10 mendapat 'bye' pada pusingan pertama, namun pasangan itu diundi bertembung satu lagi pasangan negara, Goh V Shem-Lim Khim Wah jika mereka berjaya mara ke pusingan ketiga.

Turut beraksi pada kejohanan itu ialah beregu kesembilan dunia, Hoon Thien How-Tan Wee Kiong yang akan tampil selaku pilihan ketujuh pada acara berprestij Persekutuan Badminton Dunia (BWF) tersebut.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan