Kesediaan Rashid Teruskan Tugas Harap Dapat Emas - Khairy

Diterbitkan: Jumaat, 15 Ogos 2014 7:21 PM

Rashid Sidek

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Kesediaan Rashid Sidek meneruskan khidmatnya sebagai ketua jurulatih perseorangan negara diharap membolehkan  sasaran negara meraih pingat emas acara perseorangan lelaki pada Kejohanan Dunia di Copenhagen, Denmark dan Sukan Asia di Incheon, Korea Selatan, tercapai.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata ini kerana kejayaan Datuk Lee Chong Wei banyak bergantung kepada Rashid sebagai jurulatihnya.

"Saya telah bercakap dengan beliau (Rashid) melalui perbualan telefon, beliau ada sebut akan berkhidmat sehingga kontrak tamat akhir tahun ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Pergerakan Pemuda dan Puteri Umno Bahagian Kota Baharu pada Jumaat.

Khairy, yang juga Ketua Pergerakan Pemuda Umno, mengulas hubungan dingin antara Rashid dengan pucuk pimpinan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) yang dibimbangi boleh menjejaskan persiapan skuad kebangsaan ke kejohanan berkenaan.

Sebelum ini, akhbar melaporkan hubungan dingin Rashid dan Presiden BAM Tan Sri Tengku Mahaleel Tengku Ariff turut menyebabkan dia diketepikan daripada skuad ke Kejohanan Dunia dari 25 hingga 31 Ogos ini dan tempatnya akan disi oleh jurulatih pelapis, Hendrawan biarpun anak didik jurulatih kelahiran Indonesia itu tiada dalam skuad ke Copenhagen.

"Kita tak nak persiapan dan mental Lee Chong Wei terganggu kerana jurulatih ada masalah. Saya maklumkan kepada Rashid dan Lee Chong Wei sila teruskan latihan," kata Khairy.

Beliau telah meminta Timbalan Presiden BAM Datuk Mohamad Norza Zakaria untuk meleraikan kekusutan masalah antara pucuk pimpinan  persatuan itu dengan Rashid.

Mengenai Majlis Olimpik Malaysia (MOM) yang meletakkan sasaran suku akhir untuk skuad bola sepak negara sekiranya mahu perbelanjaan mereka ke Sukan Asia di Incheon itu dipulangkan sepenuhnya oleh MOM, Khairy berkata pandangan MOM itu ada rasionalnya untuk mereka berusaha mencapai kejayaan.

"Kalau tidak letak sasaran yang tinggi, pasukan bola sepak merasakan kehadiran di Sukan Asia memadai sekadar penyertaan dan kita kena letak syarat kalau tidak mencapai sasaran, kos untuk sukan ini ditanggung oleh mereka, ini satu perubahan dan harapan baharu," katanya.

Sukan Asia ke-17 di Incheon akan berlangsung dari 19 September hingga 4 Oktober ini.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan