Kejohanan Dunia: Peluang Chong Wei Raih Gelaran Pertama Cerah

Diterbitkan: Isnin, 11 Ogos 2014 5:36 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei berpeluang menamatkan penantian Malaysia dalam meraih gelaran sulung juara pada Kejohanan Badminton Dunia BWF di Ballerup Super Arena, Copenhagen, Denmark dari 25-31 Ogos ini.

Pada majlis undian kejohanan yang turut dihadiri Setiausaha Agung BWF, Thomas Lund pada Isnin, Chong Wei yang juga pilihan utama akan berdepan pemain muda Korea Selatan, Lee Dong Keun pada aksi pembukaan.

Perseorangan lelaki nombor satu dunia itu kemudian dijangka berdepan pemenang perlawanan pusingan kedua iaitu antara Kashyap Parupalli dari India atau wakil Jerman, Dieter Domke.

Seorang lagi wakil negara, Chong Wei Feng yang diletakkan selaku pilihan ke-16 kejohanan pula dijangka melalui saingan sengit apabila terpaksa berdepan dengan pemain England dalam Sukan Komanwel 2014, Rajiv Ouseph.

Beregu lelaki negara, Hoon Thien How dan Tan Wee Kiong turut berada dalam laluan selesa selepas mendapat 'bye' pada pusingan awal dan hanya akan turun ke gelanggang pada pusingan kedua, berdepan sama ada pasangan Poland, Lukasz Moren/Wojciech Szkudlarczyk atau wakil Belgium, Matijs Dierickx/Freek Golinski.  

Dua lagi wakil negara dalam acara beregu lelaki adalah pilihan ke-10, Koo Kien Kiat/Tan Boon Heong dan Goh V Shem/Lim Khim Wah.

Turut menggalas cabaran negara pada kejohanan itu ialah Tee Jing Yi dan Sannatasah Saniru dalam acara perseorangan wanita; Vivian Hoo Kah Mun/Woon Khe Wei, Ng Hui Lin/Ng Hui Ern, Lim Yin Loo/Lee Meng Yean, Amelia Anscelly/Fie Cho Soong (beregu wanita) serta Tan Aik Quan/Lai Pei Jing dalam acara beregu campuran. 

Mengulas mengenai undian berkenaan, Setiausaha Agung Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Kenny Goh menyifatkan skuad badminton negara berpeluang untuk meraih pingat dalam acara perseorangan dan beregu lelaki.

Beliau berkata sandaran utama negara, Chong Wei yang masih menjalani proses rawatan pangkal pahanya dapat pulih sebelum bermulanya kejohanan itu ditambah dengan Wee Kiong dan Thien How yang kembali digandingkan semula. 

"Chong Wei adalah seorang pemain yang mempunyai semangat juang yang tinggi dan sentiasa memberikan persembahan terbaik dalam mana-mana kejohanan...Saya mengharapkan rakyat Malaysia dapat terus memberikan sokongan moral kepadanya," kata Goh.

Berbeza pula dengan pandangan disuarakan oleh Wee Kiong yang tidak memandang mudah cabaran bersama Thien How pada penampilan sulung mereka dalam kejohanan dunia, tahun ini.

"Walaupun kami mendapat 'bye' pada pusingan pertama, namun kami tidak memandang mudah lawan pada kali ini dan kita harus bersedia sepenuhnya...Saya sudah mula menjalani latihan bersama Thien How dan berharap dapat kembali menyesuaikan diri selepas sekian lama tidak beraksi bersama," katanya.

Untuk rekod, Malaysia tidak pernah memenangi sebarang gelaran pada Kejohanan Dunia yang mula dipertandingkan pada 1977 di Malmo, Sweden.

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan