BAM Perlu Kaji Kedudukan Liew Daren, Prestasi Hambar, Mudah Kalah

Diterbitkan: Isnin, 4 Ogos 2014 9:51 AM

(Ubah saiz teks)

GLASGOW: Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Seri Zolkples Embong menggesa Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengkaji semula prestasi pemain perseorangan lelaki negara Liew Daren.

Zolkples berkata beliau mengakui kecewa dengan prestasi hambar Liew ketika beraksi pada perlawanan suku akhir ketika menentang Kashyap Parupalli dari India dengan keputusan 13-21 dan 14-21.

"Saya akan desak mereka (BAM) selepas ini, tibalah masa untuk berhenti bercakap banyak ... saya tidak kisah kalah tetapi cara beliau kalah itu tidak boleh terima, terlalu mudah," katanya kepada pemberita di sini, Ahad.

Zolkples juga mahu seorang lagi pemain perseorangan negara Chong Wei Feng segera memperbaiki beberapa kelemahan terutamanya dalam mengawal tekanan ketika beraksi dalam kejohanan penting.

"Kalau Chong Wei (Datuk Lee Chong Wei) ada, saya yakin Wei Feng akan masuk final. Tetapi Wei Feng menjadi tertekan apabila beliau menjadi sandaran pingat emas dan menjadi pemain pilihan utama kejohanan," katanya.

Wei Feng turut tewas kepada seorang lagi pemain dari India, R V Gurusaidutt pada perlawanan suku akhir dengan keputusan 15-21, 21-8 dan 17-21.

Namun Zolkples berkata secara keseluruhan skuad badminton merupakan pasukan terbaik kontinjen negara pada Sukan Komanwel selepas menyumbang tiga pingat emas menerusi acara berpasukan campuran, beregu wanita dan lelaki.


Tags / Kata Kunci: Glasgow , BAM , Badminton

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan