Skuad Badminton Pertahan Emas Acara Berpasukan Campuran

Diterbitkan: Selasa, 29 Julai 2014 7:25 AM

Skuad badminton negara meraikan kejayaan selepas berjaya mempertahankan pingat emas acara berpasukan campuran selepas menewaskan England 3-1 pada final di Sukan Komanwel ke-20 di Emirates Arena, Isnin.

(Ubah saiz teks)

GLASGOW: Skuad badminton negara berjaya mempertahankan pingat emas acara berpasukan campuran selepas menewaskan England 3-1 pada final di Sukan Komanwel ke-20 di Emirates Arena di sini, Isnin.

Kejayaan yang sudah diramalkan itu merupakan sumbangan emas ketiga untuk kontinjen negara selepas atlet angkat berat Mohd Hafifi Mansor dalam kategori 69kg dan Datuk Nicol Ann David dalam acara individu skuasy wanita.

Dalam perlawanan akhir, Malaysia menerima kejutan awal apabila England memulakan kempen dengan mengutip mata pertama menerusi beregu campuran Chris Adcock dan Gabrielle White.

Pasangan suami isteri dari England itu menewaskan Chan Peng Soon-Lai Pei Jing dengan keputusan 21-14 dan 28-26.

Bagaimanapun perseorangan lelaki negara Chong Wei Feng menyamakan kedudukan 1-1 dalam pertemuan sengit menentang Rajiv Ouseph sebelum menang dengan keputusan 21-17, 19-21 dan 21-19.

Skuad negara kemudian mendahului 2-1 selepas beregu lelaki negara Goh V Shem-Tan Wee Kiong menutup peluang Chris Adcock-Ellis Andrew dengan keputusan 21-19 dan 21-17.

Perseorangan wanita negara Tee Jing Yi pula mengesahkan kemenangan Malaysia dengan mengecewakan peluang pesaingnya Sarah Walker dengan straight set 21-16 dan 21-17.

Wei Feng, ketika ditemui pemberita, berkata beliau kurang berpuas hati dengan prestasinya kerana kerap melakukan kesilapan selepas tewas pada set kedua perlawanan.

"Memang set kedua, fokus saya terganggu dan pada set penentuan saya cuba mendapatkan rentak permainan yang lebih baik untuk menang.

"Saya tahu kemenangan daripada perseorangan lelaki sangat penting sebab sudah menjangkakan beregu campuran sukar untuk menang," katanya.

Bagi V Shem pula, kemenangan Wei Feng itu telah menyuntik semangat beregu itu untuk memburu kemenangan.

"Ini pertama kali saya menentang mereka (Chris Adcock-Ellis Andrew), mereka merupakan beregu yang hebat. Memang kami memberi saingan sengit untuk menang supaya skuad negara lebih mudah meraih kemenangan dalam acara ini," kata V Shem.
Tags / Kata Kunci: Badminton , Sukan Komanwel

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan