Juara Bertahan Nicol Sumbang Emas Kedua Negara

Diterbitkan: Selasa, 29 Julai 2014 7:15 AM

Nicol menunaikan janji awalnya untuk mempertahankan gelaran yang dimenangi pada Sukan Komanwel edisi 2010 di New Delhi, India. Bagi edisi kali ini, Nicol menang selepas menewaskan Laura Massaro, 3-0 pada final, Isnin.

(Ubah saiz teks)

GLASGOW: Ratu skuasy negara, Datuk Nicol Ann David menepati ramalan apabila memenangi pingat emas acara perseorangan wanita pada Sukan Komanwel ke-20 dengan menewaskan Laura Massaro, 3-0 pada final di sini, Isnin.

Pemain nombor satu dunia itu menampilkan persembahan yang mantap untuk menyingkirkan musuh tradisinya dari England itu dengan keputusan 12-10, 11-2 dan 11-5 dalam pertarungan selama 44 minit itu.

Nicol, 30, menunaikan janji awalnya untuk mempertahankan gelaran yang dimenangi pada edisi 2010 di New Delhi, India, sekali gus menyumbang pingat emas kedua negara di sini selepas Mohd Hafifi Mansor dalam acara angkat berat 69kg.

"Ia adalah hebat untuk memenangi pingat Sukan Komanwel sekali lagi...lebih-lebih lagi menyumbang emas kedua untuk kontinjen negara.

"Memenangi gelaran kali kedua adalah satu pencapaian yang luar biasa kerana ia adalah kemuncak acara skuasy dalam temasya yang mempertandingkan pelbagai acara sukan," katanya Nicol selepas perlawanan itu di Kampus Sukan Scotstoun di sini.

Beliau berkata pertemuan dengan Laura, selaku juara dunia dan pemain nombor dua dunia, memang sudah dijangka sengit daripada awal lagi.

"Set pertama adalah amat penting dan saya terpaksa berusaha memperagakan aksi yang lebih mantap pada set kedua dan ketiga bagi memastikan tidak melakukan kesilapan serta menguasai perlawanan ini," katanya.

Sementara itu, pingat gangsa dimenangi oleh pemain New Zealand, Joelle King yang menewaskan Alisan Waters dari England dengan keputusan 11-7, 11-7 dan 11-5.
Tags / Kata Kunci: Nicol Ann David , Sukan Komanwel

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan