Nicol Mara Ke Separuh AKhir

Diterbitkan: Ahad, 27 Julai 2014 7:04 AM

Nicol ketika beraksi menentang Megan Craig dari New Zealand. GLENN GUAN/The Star

(Ubah saiz teks)

LASGOW: Ratu skuasy negara, Datuk Nicol Ann David menepati ramalan apabila melangkah ke separuh akhir dengan mengetepikan Jenny Duncalf pada temasya Sukan Komanwel ke-20 di sini, Sabtu.

Nicol, pemain nombor satu dunia, mengatasi pemain England itu 3-1 dalam pertarungan suku akhir selama 56 minit.

Pemain kelahiran Pulau Pinang berusia 30 tahun itu memenangi dua set pertama dengan 11-9 dan 11-7 sebelum Jenny bangkit semula untuk memenangi set ketiga 11-5.

Bagaimanapun, Nicol, mengesahkan kemenangan dengan keputusan 11-4 pada set keempat.

"Jenny merupakan pemain berpengalaman dan saya terpaksa bekerja keras khusus dalam set keempat. Perlawanan ini memang sengit dari mula lagi," kata Nicol.

Beliau akan berdepan dengan pemain new Zealand, Joelle King, pada separuh akhir esok.

Joelle menempah slot separuh akhir dengan mengatasi pemain Ireland, Madeline Perry dengan keputusan 11-6, 11-4 dan 11-6 dalam pertarungan suku akhir yang mengambil masa 36 minit.

Mengenai pertarungan dengan Jolle, Nicol berkata: "Perlawanan dijangka hebat dan saya tidak boleh leka."

Dalam pada itu, pemain nombur dua negara, Low Wee Wern akan berdepan dengan juara dunia Laura Massaro dari England pada perlawanan suku akhir, lewat hari ini.
Tags / Kata Kunci: Nicol Ann David , Sukan Komanwel

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan