Jurulatih Serena William Akui Hubungan Mereka Semakin Kompleks

Diterbitkan: Khamis, 17 Julai 2014 5:32 PM

DALAM kebingungan...Serena William kelihatan kebingungan dan tidak bermaya ketika turun ke gelanggang dalam acara beregu bersama kakaknya, Venus di Terbuka Wimbledon bulan lalu.

(Ubah saiz teks)

JURULATIH pemain tenis wanita nombor satu dunia, Patrick Mouratoglou menegaskan yang beliau tidak berhasrat untuk meninggalkan tugasnya bersama Serena Williams walaupun mengakui yang hubungan mereka kini semakin rumit.

Mouratoglou berkata, Serena sendiri kini sedang melalui satu tempoh masa yang sangat sukar.

Serena sedang bergelut dengan kecergasan dirinya sepanjang tahun ini yang menyaksikannya terkandas dalam kesemua kejohanan grand slams dengan gagal melepasi pusingan keempat.

Tetapi aksinya dalam acara beregu bersama kakaknya Venus di kejohanan Wimbledon yang benar-benar mencuri perhatian ramai apabila dia bukan sahaja tidak boleh menyeimbangkan badannya dengan sempurna malah gagal untuk menyambut lontaran bola oleh pembantu-pembantu gelanggang beberapa kali.

Perlawanan itu kemudiannya terpaksa dihentikan atas nasihat pegawai perubatan.

Serena dikatakan berhadapan dengan jangkitan viral ketika itu tetapi apabila Mouratoglou mendedahkan yang mereka tidak bersua muka selama dua hari sejurus sebelum berlangsungnya perlawanan tersebut, ia mencetuskan pelbagai spekulasi mengenai komitmen Serena di dalam gelanggang.

Sebelum ini, Serena dikatakan berpacaran dengan Mouratoglou tetapi kedua-dua mereka tidak pernah mengesahkan atau menafikan khabar angin tersebut.

Tetapi situasi tidak menentu Serena sejak akhir-akhir ini menyebabkan pelbagai pihak menjurus kepada permasalahan peribadi di antara mereka berdua.

Mouratoglou bagaimanapun menegaskan yang itu bukanlah punca kemerosotan persembahan Serena sepanjang tahun ini.

Sebaliknya beliau berkata yang Serena sedang gigih berlatih sebagai persiapan kepada Terbuka Amerika Syarikat bulan depan.

Beliau mengakui kewujudan situasi yang rumit dan Serena sedang melalui fasa kesukaran dalam kerjayanya tetapi ia terhenti setakat itu sahaja.

"Tetapi selepas Wimbledon, kami telah duduk berbincang selama berjam-jam dan kami bersetuju untuk memberi tumpuan dan fokus kepada urusan gelanggang semula. Hari ini Serena berada dalam situasi yang mana dia mahu turun berlatih sebagai persiapan untuk Terbuka AS," ujarnya.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan