Saya Tetap Pikul Tugas Jurulatih - Rashid Sidek

Diterbitkan: Khamis, 10 Julai 2014 4:17 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jurulatih perseorangan negara, Rashid Sidek mengubah pendirian untuk bersama-sama skuad badminton negara ke temasya Sukan Komanwel 2014 di Scotland bermula 23 Julai ini.

Sebelum ini, bekas ketua jurulatih negara itu mengambil tindakan drastik menarik diri daripada menyertai kontinjen negara setelah tidak berpuas hati dengan kepimpinan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) yang disifatkan kurang prihatin dengan kebajikan jurulatih.

Rashid berkata beliau akan ke Scotland bagi mengiringi anak buahnya sebagai jurulatih perseorangan dan bukannya sebagai ketua jurulatih yang bertanggungjawab menguruskan pasukan.

"Kita telah ada pengurus pasukan biarlah beliau yang menguruskan atlet dan saya buka peluang kepada jurulatih lain untuk menganti tempat saya sebagai ketua jurulatih," katanya ketika ditemui pemberita pada majlis penyerahanan Jalur Gemilang kepada kontinjen negara ke Sukan Komanwel di Dewan Komanwel, Majlis Sukan Negara pada Khamis.

Rashid berkata masalah dengan BAM telah dianggap selesai dan beliau sebenarnya tidak pernah dilantik secara rasmi sebagai ketua jurulatih sebelum ini.

"Saya telah maklumkan perkara tersebut kepada Pengurus Besar BAM, Kenny Goh dan tidak rasa terkilan jika orang lain dilantik sebagai pengganti saya (ketua jurulatih)," katanya.

Rashid turut menafikan bahawa beliau pernah mengeluarkan kenyataan kepada pihak media bahawa beliau akan menarik diri daripada skuad badminton negara.

"Pada hari itu saya hanya beritahu media bahawa saya mungkin akan menarik diri bukannya telah menarik diri," katanya.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin sebelum ini turut minta BAM menamatkan kemelut dalaman dengan cara baik dan tidak sewajarnya dijadikan sebagai polemik yang berpanjangan.


Tags / Kata Kunci: BAM

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan