Pemain Muda Tenis AS Hidap Kanser

Diterbitkan: Sabtu, 5 Julai 2014 12:11 PM

(Ubah saiz teks)

BINTANG tenis muda Amerika Syarikat, Victoria Duval mendedahkan dia disahkan mengidap penyakit barah limfoma Hodgkin.

Duval yang menang perlawanan pertama Wimbledon minggu lalu berkata dalam satu kenyataan, dia akan meninggalkan karier tenis dalam tempoh tertentu bagi menjalani rawatan.

"Saya menerima berita ini selepas pusingan pertama kelayakan di Wimbledon, dan memutuskan untuk terus bermain. 

"Berada di gelanggang membuat saya berasa tenang".

Duval,18, kini berada di ranking ke-114 dunia menewaskan pemain pilihan ke-29 Sorana Cirstea dari Romania 6-4 3-6 6-1 pada pusingan pertama itu.

Wakil Duval dari IMG berkata, kanser yang menyerangnya itu masih diperingkat awal selepas menerima biopsi dari England sebelum perlawanan.

Duval pernah menggegar dunia tenis wanita selepas menewaskan bekas juara Samantha Stosur dari Australia pada aksi tahun lalu ketika berada di ranking ke-298 dunia.

"Saya berserah kepada Tuhan untuk membantu dalam mengharungi situasi ini bersama keluarga.

"Saya akan melawan penyakit ini dan akan cuba sembuh sepenuhnya," jelas Duval.

Tags / Kata Kunci: victoria duval , tenis , wimbledon

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan