Juara Bertahan Wimbledon Dikejutkan Dimitrov

Diterbitkan: Khamis, 3 Julai 2014 7:33 AM

Murray gagal melangkah ke pusingan separuh akhir.

(Ubah saiz teks)

PEMAIN pilihan ke-11, Grigor Dimitrov menewaskan Andy Murray 6-1, 7-6 (4), 6-2 pada aksi suku akhir kejohanan Tenis Wimbledon yang berlangsung selama dua jam dan satu minit, malam Rabu.

Kekalahan itu sekali gus meranapkan impian Murray untuk  mempertahankan kejohanan Wimbledon pada tahun ini.

Murray bagaimanapun mengakui pemain yang lebih hebat layak memenangi perlawanan itu.

"Saya berjaya mengawal tekanan dengan baik. Saya memulakan permainan dengan sempurna tapi mungkin nasib tidak menyebelahi saya.

"Saya melakukan banyak kesilapan dan gagal menggunakan peluang yang dipersiakan lawan. Saya bermula dengan agak teruk dan itu memberi keyakinan kepada Dimitrov," kata Murray.

Dimitrov berasa bangga selepas mencipta kemenangan dan mematikan langkah Murray untuk mara ke pusingan separuh akhir yang keenam.

"Saya amat teruja dan gembira kerana berjaya menundukkan Murray. Agak sukar untuk menewaskan juara bertahan itu yang beraksi di hadapan penyokong sendiri," katanya.

Pemain Serbia itu akan bertemu Novak Djokovic pada aksi separuh akhir.

Tags / Kata Kunci: Wimbledon , Andy Murray , tewas

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan