Serena Tarik Diri Aksi Beregu Wimbledon

Diterbitkan: Rabu, 2 Julai 2014 1:24 PM

(Ubah saiz teks)

SERENA Williams terpaksa menarik diri dalam aksi beregu bersama kakaknya Venus di Wimbledon kerana masalah kesihatan.

Serena/Venus berdepan dengan pasangan dari Jerman Kristina Barrois dan Stefanie Voegele.

Pemain Amerika Syarikat itu kelihatan seperti menahan kesakitan ketika membuat pukulan servis yang memberi mata 3-0 kepada lawan.

Selepas itu, Serena tidak mampu lagi menahan keadaan dirinya dan juara dunia lima kali itu mengambil keputusan menarik diri.

Penarikan diri juara no.1 dunia dan juga Wimbledon itu menjadi detik terawal terkeluar dari saingan semenjak tahun 2005.

"Saya begitu kecewa kerana tidak dapat meneruskan aksi ini. Saya fikir saya boleh bermain secara rali, kerana kami memang mahu bersaing, namun viral ini terus mengganggu saya.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada kakak saya, pihak lawan Kristina, Stefani dan seluruh pasukan kerana sokongan ini. 

"Begitu juga kepada semua penyokong-penyokong kami. Saya akan kembali ke Wimbledon ini tahun depan," jelasnya.

Serena dilaporkan mengalami tidak sihat sejak beberapa hari lalu.

Malah pegawai perubatan yang berada di situ juga turut menasihatkan Serena agar tidak bermain sekiranya tidak boleh melihat bola.

Beberapa kali Serena gagal menangkap bola yang dilemparkan oleh pembantu gelanggang.

Tags / Kata Kunci: serena williams , wimbledon

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan