Keraguan Norlaila Dorong Kyrgios Kalahkan Nadal

Diterbitkan: Rabu, 2 Julai 2014 2:37 PM

Nick (tengah) bersama (dari kiri) bapanya, George, Norlaila (ibu), Christos (abang) dan adiknya, Halimah.

(Ubah saiz teks)

MELBOURNE: Keraguan ibunya terhadap keupayaannya untuk mengalahkan pemain tenis nombor satu dunia, Rafael Nadal telah mendorong Nick Kyrgios mencipta kemenangan mengejut ke atas pemain terkemuka dunia itu di Wimbledon malam Selasa.

Remaja itu memberitahu Australian Associated Press (AAP) dia terkejut apabila membaca temubual dari Canberra, ibunya Norlaila yang dilahirkan di Kuala Lumpur memperkecilkan peluangnya dalam pertemuan dengan Nadal di pusingan keempat.

"Malam tadi, saya membaca komen yang beliau fikir Rafa terlalu bagus untuk saya. Ia membuatkan saya marah.

"Saya hanya percaya diri sendiri dan saya yakin boleh mencipta peluang dan saya lakukannya dalam keadaan tertekan," kata Kyrgios selepas kemenangan 7-6 (7-5) 5-7 7-6 (7-5) 6-3 pada Selasa.

Kyrgios datang dari keluarga yang mempunyai hubungan erat. Ibu dan abangnya Christos, seorang peguam berada di Canberra semasa kejohanan, sementara bapanya George dan adiknya, Halimah, seorang pelakon berada di Wimbledon.

Ditanya apa yang akan dikatakan kepada ibunya selepas kemenangan itu, Kyrgios berkata: "Saya akan menghantar pesanan dengan gambar 'senyuman'.

Halimah duduk di sebelah bapanya dalam keadaan resah sepanjang pertarungan tiga jam itu. Dia dan bapanya yakin dengan peluang Nick dan menyaksikannya menyinar di kejohanan terbesar, merupakan pengalaman yang penuh emosi.

"Saya menangis, secara jujur, saya tidak pernah begitu teruja dan terharu pada masa yang sama. Dia mempamer permainan terbaik yang pernah saya saksikan," kata Halimah kepada AAP.

Katanya, dia tidak akan terkejut melihat abangnya mencipta kejayaan.

"Dia sukakan penonton dan saya fikir itu satu cara membantunya menang," katanya.

AAP melaporkan ketika menentang pemain terbaik sepanjang masa itu,  Kyrgios membuat persembahan yang sukar dilupakan.

Bekas juara John McEnroe dan Pat Cash percaya Kyrgios boleh mencontohi Boris Becker yang menang kejuaraan Wimbledon ketika berusia remaja.

Nadal pula menyifatkan kekalahannya sebagai sukar diterima kerana dia kehilangan servis hanya sekali.

"Anda akan bermasalah sekiranya dia terus membuat pukulan kuat. Saya tidak fikir saya bermain seteruk itu. Saya mengucapkan tahniah kepadanya," kata pemain pilihan kedua itu.

Tags / Kata Kunci: Rafael Nadal , Norlaila , Nick Kyrgios

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan