Perjuangan Skuad Badminton di Terbuka Australia Berakhir

Diterbitkan: Sabtu, 28 Jun 2014 6:00 PM

Pemain bergu negara, Hoon Thien How (kanan) dan Tan Boon Heong (kiri) cuba mengembalikan pukulan pemain Korea Selatan, Lee Yong Dae dan Yoo Yeon Seong pada perlawanan separuh akhir terbuka Australia, di Sydney pada Sabtu. Pasangan Korea itu menang, 21-14 21-16. - Foto AFP.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perjuangan skuad badminton negara di Siri Super Terbuka Australia berakhir apabila pasangan Hoon Thien How/Tan Boon Heong kalah pada saingan separuh akhir di Sydney Sports Centre.

Gandingan Hoon/Tan yang mempamerkan aksi bertenaga dan konsisten sepanjang kejohanan bagaimanapun dijinakkan beregu Korea Selatan Lee Yong Dae/Yoo Yeon Seong, 14-21 dan 16-21.

Sebelum ini pada aksi suku akhir, Hoon/Tan diberi tentangan sengit oleh beregu China, Cai Yun/Kai Lu sebelum mereka mencatat kemenangan 23-21 dan 21-16 dalam masa 47 minit.

Pasangan kedua dunia itu mara selepas menundukkan satu lagi beregu negara, Goh V Shem dan Tan Wee Kiong dengan keputusan 21-15 dan 24-22 pada satu lagi aksi suku akhir.

Kejohanan dari 24 hingga 29 Jun itu menawarkan hadiah keseluruhan US$750,000.
Tags / Kata Kunci: badminton , terbuka Australia

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan