Wimbledon: Djokovic Mara Ke Pusingan Ketiga

Diterbitkan: Khamis, 26 Jun 2014 7:39 AM

Novak Djokovic

(Ubah saiz teks)

NOVAK Djokovic menunjukkan Wimbledon bukan menjadi tempat untuk untuk pesaingnya yang berusia 35 tahun apabila dia menewaskan pemain veteran Czech Radek Stepanek 6-4 6-3 6-7 (5) 7-6 (5) dalam perlawanan yang sangat menghiburkan untuk mara ke pusingan ketiga.

Cuba menjadi pemain yang paling tua untuk beraksi di pusingan ketiga di All England Club sejak 2007, Stepanek mencuba secara praktikal membuat pukulan-pukulan hebat dalam usaha untuk menjatuhkan pilihan utama itu. 

"Dia berusia 35 tahun tetapi pergerakannya sangat baik dan dia melakukannya dengan sangat baik dalam perlawanan besar ini. Dia suka melibatkan orang ramai, dia pemain yang menghiburkan," kata Djokovic lega selepas menumpaskan kawannya itu. 

"Dari satu pihak, adalah menyeronokkan menjadi sebahagian daripada perlawanan besar yang mendebarkan tetapi di sisi lain saya tidak sepatutnya merumitkan diri saya dengan cara ini. Pujian kepadanya yang bermain dengan baik pada saat-saat penting. 

"Saya gembira dapat menahan mental dan berjaya memenangi perlawanan itu."
Tags / Kata Kunci: Wimbledon 2014 , tenis , NOvak Djokovic

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan