Terbuka Indonesia: Chong Wei Tersingkir Di Separuh Akhir

Diterbitkan: Sabtu, 21 Jun 2014 11:37 PM

Lee Chong Wei.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemain nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei gagal mempertahankan kejuaraan Terbuka Indonesia selepas tersingkir pada saingan separuh akhir di Stadium Istora Gelora Bung Karno, Jakarta, Indonesia, malam Sabtu.

Pemain berusia 31 tahun itu tewas kepada Kenichi Tago dari Jepun pada set pertama 16-21 sebelum bangkit menyamakan kedudukan 1-1 selepas meraih kemenangan pada set kedua 21-15.

Namun Chong Wei tewas pada set penentuan dengan 16-21 dalam perlawanan yang berlangsung selama 71 minit, demikian menurut laman web www.bwfbadminton.org//sport. 

Pemain kelahiran Pulau Pinang itu telah menjuarai Terbuka Indonesia sebanyak lima kali sebelum ini iaitu pada 2007, 2009, 2010, 2011 dan 2013.

Pada final Ahad, Kenichi pula dijadualkan bertemu Jan O Jorgensen dari Denmark yang mengenepikan pemain nombor dua dunia Chen Long dari China dengan straight set 21-19 dan 21-18 dalam satu lagi saingan separuh akhir.

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan