Chong Wei Raih Gelaran Kelima Terbuka Jepun

Diterbitkan: Ahad, 15 Jun 2014 4:15 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei meraih gelaran kelima Kejohanan Badminton Siri Super Terbuka Jepun 2014 selepas menundukkan pemain Hong Kong, Hu Yun, 21-14, 21-12.

Dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Tokyo Metropolitan Gymnasium di Tokyo, Jepun pada Ahad, juara bertahan berusia 31 tahun itu hanya mengambil masa 34 minit untuk menumpaskan pemain pilihan kelapan Hu Yun dari Hong Kong dengan 21-14 dan 21-12 dalam perlawanan yang disiarkan secara langsung oleh stesen televisyen swasta tempatan.

Chong Wei meraih US$18,750 (RM60,346) bagi kemenangannya itu manakala Hu Yun membawa pulang US$9,500 (RM30,575) sebagai naib juara.

Untuk rekod, Chong Wei sebelum ini memenangi gelaran Terbuka Jepun sebanyak empat kali 2007,2010, 2012 dan 2013.

Keputusan itu juga membolehkan Chong Wei menduduki tangga teratas dalam ranking Siri Super Dunia Destinasi Dubai, Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

Dubai, ibu negara Emiriyah Arab Bersatu (UAE) akan menjadi tuan rumah Final Siri Super Dunia pada Disember tahun ini selepas syarikat penerbangan kebangsaan negara itu, Emirates menandatangani perjanjian tiga tahun dengan BWF awal tahun ini.

Sepuluh pemain terbaik dalam setiap daripada lima kategori akan bersaing pada Final Siri Super Dunia BWF yang akan diadakan di Kompleks Sukan Hamdan di Dubai, bermula tahun ini hingga 2017.

Kategori berkenaan adalah perseorangan lelaki dan wanita, beregu lelaki dan wanita dan, beregu campuran.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan