Chong Wei Mara Ke Separuh Akhir Terbuka Jepun

Diterbitkan: Jumaat, 13 Jun 2014 9:21 PM

Lee Chong Wei.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jaguh perseorangan badminton negara Datuk Lee Chong Wei terpaksa mengerah seluruh tenaga untuk menjejak kaki ke separuh akhir Siri Super Terbuka Jepun di Tokyo.

Pada perlawanan suku akhir hari ini, Chong Wei, selaku pilihan utama dan juara bertahan, terpaksa berentap selama 62 minit sebelum menjinakkan pemain Indonesia Tommy Sugiarto dengan 21-15, 12-21 dan 21-17.

Kemenangan tersebut sekali gus meletakkan Chong Wei di atas landasan untuk memburu kejuaraan kelima kejohanan bernilai US$250,000 (RM805,350) itu.

Chong Wei muncul juara kejohanan itu pada 2007, 2010, 2012 dan 2013.

Pemain berusia 31 tahun itu akan menentang pemain tuan rumah Kenichi Tago pada separuh akhir esok. Perlawanan tersebut merupakan ulangan final tahun lepas apabila Chong Wei merangkul kejuaraan dengan mengatasi Kenichi 23-21 dan 21-17.

Kenichi pula melangkah ke separuh akhir selepas menumpaskan pemain Denmark Hans-Kristian Vittinghus 21-16, 16-21 dan 21-13 dalam pertarungan selama 68 minit.

Dalam satu lagi perlawanan separuh akhir, pemain Denmark Jan O Jorgensen, selaku pemain pilihan ketiga, akan menentang pemain China Yun Hu.

Jorgensen mara ke separuh akhir selepas menundukkan juara Olimpik Lin Dan dari China dengan 21-19, 13-21 dan 21-16 manakala Yun Hu mengalahkan pilihan kedua dan juga rakan senegara Chen Long 18-21, 21-19 dan 21-15.

Sementara itu, wakil beregu tunggal negara, Hoon Thien How dan Tan Wee Kiong gagal melepasi peringkat suku akhir apabila kalah kepada pilihan utama Mohammad Ahsan dan Hendra Setiawan dari Indonesia dengan keputusan 21-16 dan 21-19.

Tags / Kata Kunci: Lee Chong Wei , terbuka Jepun

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan