Terbuka Perancis: Sharapova Atasi Halep Dalam Final Penuh Mendebarkan - Raket | mStar

Terbuka Perancis: Sharapova Atasi Halep Dalam Final Penuh Mendebarkan

Diterbitkan: Ahad, 8 Jun 2014 7:36 AM

Sharapova menjulang trofi yang dimenanginya.

(Ubah saiz teks)

MARIA Sharapova merangkul trofi Terbuka Perancis buat kali kedua selepas menundukkan pemain pilihan keempat kejohanan, Simona Halep 6-4 6-7(5) 6-4 dalam aksi final penuh mendebarkan awal pagi Ahad.

Pemain pilihan ketujuh dari Rusia itu meraih gelaran Grand Slam kelimanya selepas Wimbledon 2004, Terbuka Perancis 2006, Terbuka Australia 2008 dan Terbuka Perancis yang pertama, dua tahun lalu.

Halep memberikan tentangan sengit dalam perlawanan yang berlangsung selama tiga jam dan dua minit itu.

Ia merupakan aksi final wanita yang terlama dalam sejarah di Paris sejak 1996.

"Ini adalah perlawanan final paling sengit yang pernah saya tempuhi. Saya menghormati Simona. Saya tidak menduga dia akan mempamerkan aksi luar biasa pada hari ini.

"Saya tidak percaya, tujuh atau lapan tahun lalu saya tidak menjangka akan memenangi lebih banyak trofi di Roland Garros daripada kejohanan grand slam yang lain," kata Sharapova.


Tags / Kata Kunci: final , Terbuka Perancis
   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan