Terbuka Perancis: Misi Balas Dendam Halep Kepada Sharapova

Diterbitkan: Sabtu, 7 Jun 2014 11:58 AM

Sharapova (kiri) dan Halep kembali bertemu di final selepas Terbuka Madrid bulan lalu.

(Ubah saiz teks)

PERLAWANAN akhir wanita Terbuka Perancis di antara jaguh  Russia Maria Sharapova dan bintang muda dari Romania Simona Halep dijangka sengit.

Sharapova,27, antara nama besar dalam dunia tenis, ikon dunia malah merupakan penyandang empat gelaran Grand Slam dan mencatat rekod kali ketiga melangkah ke final.

Bagaimana pun Halep ,22,  tidak boleh dipandang remeh selepas membuktikan peningkatan menadadak sejak dua tahun kebelakangan ini dan dia kini menduduki ranking ke-4 dunia, mengatasi Sharapova di tangga kelapan.

Malah Halep menampilkan aksi luar biasa di Roland Garros dengan mencipta keputusan tanpa tewas pada set setiap perlawanan.

"Saya tidak ada apa-apa yang perlu dirisaukan dan akan sentiasa memberi fokus. Saya akan cuba melakukan pukulan setenang yang boleh," kata Halep yang menewaskan pemain Jerman, Andrea Petkovic pada aksi separuh akhir.

"Saya sedar ketika ini sukar untuk mengendalikan emosi sendiri, malah belum tahu bagaimana mahu berdepan dengan Sharapova, tapi saya akan cuba yang terbaik.

"Ini juga peluang untuk saya membalas dendam di atas kekalahan aksi akhir pada Terbuka Madrid Mei lalu," jelas Halep.


Manakala Sharapova yang pernah menjadi pemain no.1 dunia dijangka akan memberi saingan sengit selepas terlepas aksi kedua kejohanan ini tahun lalu gara-gara kecederaan.

"Saya sangat berbangga kerana dapat mengelak daripada sebarang kecederaan setakat ini hasil usaha keras saya.

"Saya juga berdepan dengan saat sukar pada awal musim dengan beberapa kekalahan yang saya sendiri tidak boleh terima.

"Dan sudah pasti kedudukan ini adalah peluang kepada diri saya untuk mencipta sesuatu," jelas Sharapova.

Tags / Kata Kunci: final , Roland Garros , Wanita

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan